Perancis mudah atasi Andorra 3-0 ketika Griezmann terus gagal ‘menggegar jaring’

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

PARIS, Perancis: Satu lagi gol dari Kingsley Coman membantu Perancis menewaskan Andorra 3-0 pada perlawanan kelayakan Euro 2020 di Stade de France ketika Antoine Griezmann gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti untuk perlawanan kedua kelayakan Selasa lepas.

C o m a n menjaringk­an dua gol ketika Perancis menewaskan Albania 4-1 di gelanggang yang sama dan kali ini, beliau membuka jaringan pada minit ke-18 ketika menentang lawan yang berada pada ranking ke136 dunia.

“Ia adalah minggu yang sangat bagus. Ia berjalan dengan baik secara peribadi dan bersama pasukan,” kata Coman.

Selepas melihat penalti beliau terkena palang ketika menentang Albania, Griezmann sekali lagi gagal menyempurn­akan penalti sebelum rehat tetapi Clement Lenglet menjaringk­an gol antarabang­sa pertama beliau untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada separuh masa kedua.

Wissam Ben Yedder melengkapk­an jaringan untuk skuad kendalian Didier Deschamps ketika Perancis bermain perlawanan ke-100 di stadium di mana mereka memenangi Piala Dunia pada 1998.

Juara dunia itu boleh menang dengan lebih banyak gol selepas dua cubaan terkena palang dalam separuh masa kedua.

Perancis berkongsi tangga teratas Kumpulan H dengan 15 mata dari enam perlawanan bersama-sama Turki dan tiga mata di hadapan Iceland dengan hanya dua pasukan layak secara automatik ke Euro 2020.

“Kami berkumpul untuk mendapatka­n enam mata pada bulan September dan kami melaksanak­annya,” kata Deschamps.

Turki, yang menewaskan Perancis di tempat sendiri pada bulan Jun, menang 4-0 di Moldova dan akan bertandang ke Perancis bulan hadapan.

Harapan Iceland untuk memburu kelayakan kelihatan semakin terjejas apabila tewas 2-4 di Albania. Perlawanan menentang Perancis di Reykjavik pada 11 Oktober pastinya sangat penting untuk mereka.

Perancis tidak dijangka terlalu bimbang dengan perlawanan 11 Oktober depan, dengan pemain bintang seperti Kylian Mbappe, Paul Pogba dan N’Golo Kante mungkin kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan.

“Bulan hadapan kami mempunyai perlawanan menentang dua pesaing utama kumpulan. Enam mata di sini adalah bagus tetapi enam mata pada bulan hadapan sememangny­a juga penting,” tegas Deschamps.

Kesebelasa­n utama Perancis Selasa lepas memaparkan hanya empat pemain yang diturunkan ketika menewaskan Croatia di final Piala Dunia 2018.

Jonathan Ikone, membuat penampilan pertama bersama Perancis dan beliau mengumpan bola kepada Coman untuk gol pembukaan.

Coman sekarang menjaringk­an tiga gol dari dua perlawanan selepas hanya menjaringk­an satu gol dari 17 perlawanan untuk negaranya.

Dengan permainan menghampir­i 30 minit permainan, Griezmann memperoleh­i tendangan penalti tetapi tendangan beliau ditepis penjaga gol Andorra, Josep Gomes.

Beliau bagaimanap­un menebus kekecewaan pada minit ke-52 apabila tendangan percuma beliau disempurna­kan Lenglet untuk gol pertama beliau bersama Perancis.

Gol ketiga hadir pada minit kecederaan apabila menerusi jaringan Ben Yedder. — AFP

— Gambar AFP

PENYUDAH TUMPUL: Reaksi Griezmann (dua kiri) selepas gagal menyempurn­akan tendangan penalti pada perlawanan di Stade De France, Perancis Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.