B11 Labuan terima alatan latihan daripada LAFA

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

Pasukan Bawah 11 Tahun Wilayah Persekutua­n Labuan menerima peralatan latihan daripada Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) pada satu majlis ringkas di Dataran Labuan, baru-baru ini.

Presiden LAFA, Sophian Said menyerahka­n bantuan peralatan latihan tersebut kepada Ketua Jurulatih B11, Ramlie Rashid dan Azmi Omar.

Timbalan Presiden LAFA, Paul Christophe­r Darrison yang juga Pengurus Pasukan KDM Labuan turut memberikan sumbangan satu set jersi kepada pemain B11 Labuan.

Seramai 25 pemain B11 dan ibu bapa turut hadir pada majlis tersebut.

Pasukan B11 dijangka akan menyertai satu kejohanan bola sepak yang akan diadakan di Sabah pada November depan.

Dalam ucapan ringkasnya, Sophian berharap agar pasukan ini dapat dilatih dengan bersungguh­sungguh dan memberikan saingan sengit dalam kejohanan tersebut.

Beliau juga mengharapk­an komitmen ibu bapa agar sama-sama membantu program pembanguna­n bola sepak di Labuan.

“LAFA memerlukan sokongan semua pihak untuk memantapka­n pasukan bola sepak di semua peringkat umur di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kita mampu bersaing di peringkat lebih tinggi jika pemain dengan bimbingan jurulatih memberikan tumpuan yang lebih terhadap permainan masing-masing,”katanya.

Turut hadir Setiausaha LAFA, Roziman Sabtu.

MANFAATKAN SEBAIKNYA: Sophian (dua kanan) menyerahka­n bantuan peralatan latihan kepada Ketua Jurulatih B11, Ramlie Rashid dan Azmi Omar (kiri) sambil diperhatik­an Roziman (dua kiri) di Dataran Labuan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.