Utusan Borneo (Sabah)

Ronaldo ledak 4 gol bantu Portugal ‘ratah’ Lithuania 5-1

-

VILNIUS, Lithuania: Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, menambah koleksi gol antarabang­sa beliau kepada 93 apabila menjaringk­an empat gol untuk membantu juara Eropah itu menang 5-1 di Lithuania pada perlawanan kelayakan Euro 2020 Selasa lepas.

Bermain perlawanan ke161 bersama Portugal, penyerang berusia 34 tahun itu menjaringk­an hatrik kelapan beliau untuk negaranya dan yang ke-54 dalam kariernya untuk membantu Portugal mengharung­i apa yang hampir mengancam menjadi malam yang mengecewak­an.

Pemain tengah, William Carvalho, melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan ketika Portugal kekal di tangga kedua Kumpulan B dengan lapan mata, lima mata di belakang pendahulu kumpulan Ukraine tetapi dengan kurang satu perlawanan.

Serbia kurang satu lagi mata di tangga ketiga selepas menang 3-1 di Luxemburg.

“Saya menjaringk­an satu gol ketika menentang Serbia dan empat gol malam ini dan apa yang saya mahukan ialah untuk meneruskan rentak ini,” kata Ronaldo, yang menyempurn­akan penalti awal dan menambah tiga lagi gol dalam separuh masa kedua.

Jurulatih Portugal, Fernando Santos, berkata: “Ronaldo adalah pemain terbaik di dunia, ia sangat jelas dan bukti yang tidak dapat dinafikan.”

Lithuania, di tangga terbawah kumpulan dengan hanya satu mata, terlepas peluang awal apabila Vykintas Slivka gagal menyempurn­akan peluang dari jarak dekat dan mereka menerima padah tidak lama selepas itu apabila Markus Palionis terpegang bola dari hantaran Joao Felix, membolehka­n Ronaldo membuka jaringan dari tendangan penalti minit kelima.

Penjaga gol Lithuania, Ernestas Setkus beraksi tangkas menepis bola yang terkena rakan sepasukann­ya, Edvinas Girdvainis dari memasuki pintu golnya sendiri sebelum Vytautas Andriuskev­icius mengikat kedudukan dari satu tendangan sudut pada minit ke-28.

Ronaldo kemudian mengumpan bola kepada Felix dan Bernardo Silva tetapi gagal disempurna­kan dengan baik sebelum beliau sendiri membuat keputusan untuk menamatkan saingan lawan.

Ronaldo menjaringk­an gol kedua Portugal pada minit ke-62 sebelum melengkapk­an hatrik 11 minit kemudian.

Carvalho melengkapk­an jaringan pada minit akhir.

Di Luxemburg, Aleksandar Mitrovic menjaringk­an dua gol untuk menghidupk­an kelayakan Serbia. Beliau membuka jaringan pada minit ke-36 sebelum Nemanja Radonjic menjaringk­an gol kedua 10 minit selepas rehat.

Pemain gantian, David Turpel, merapatkan kedudukan buat Luxemburg dan ketika pasukan tuan rumah mengintai gol penyamaan, Sergej Milinkovic-Savic menjaringk­an gol ketiga Serbia. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? TIADA TANDINGAN: Ronaldo (tengah) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua Protugal pada aksi di Vilnius, Lithuania Selasa lepas.
— Gambar AFP TIADA TANDINGAN: Ronaldo (tengah) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua Protugal pada aksi di Vilnius, Lithuania Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia