Utusan Borneo (Sabah)

Anggak Bowls A1 juara Kejohanan Tertutup MPK Layangan

Benam pasukan TM2 Blok 2 di final manakala Sepakat Blok 5 mengalahka­n Robin Team Blok 5 untuk meraih tempat ketiga

-

LABUAN: Pasukan Anggak Bowls A1 muncul juara Kejohanan Lawn Bowls Tertutup Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung LayangLaya­ngan 2019.

Kejohanan tiga hari dari 7 hingga 9 September itu telah diadakan di Padang Lawn Bowls Antarabang­sa Labuan, Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, Tanjung Purun.

Pada aksi final pasukan Anggak A1 menewaskan pasukan TM2 Blok 2 dengan keputusan 21-3.

Dengan kejayaan itu, Anggak A1 membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, wang tunai RM500 dan medal.

Manakala naib johan menerima wang tunai RM400 dan medal.

Tempat ketiga pula dimenangi pasukan Sepakat Blok 5 selepas mengalahka­n pasukan Robin Team Blok 5, 12-9.

Pasukan Sepakat Blok 5 meraih wang tunai RM300 dan medal, ke-4 wang tunai RM200 dan medal manakala tempat ke-5 hingga ke-8 menerima wang tunai RM50.

Seramai 200 pemain yang mewakili 20 pasukan dengan 5 sepasukan bermain secara Fours@berempat 1 simpanan anjuran MPK Kampung Layangan berkenaan.

Pengerusi penganjur, Roziman Sabtu berkata, antara objektif pertanding­an itu adalah untuk mencari bakat baharu serta sebagai satu aktiviti yang menyihatka­n dan merapatkan hubungan antara penduduk Kampung Layangan.

“Pertanding­an itu memberi ruang dan peluang kepada penduduk kampung menunjukka­n bakat dan kemahiran dalam acara lawn bowls,” katanya ditemui pada majlis itu.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengerusi MPK Kampung Layangan, Faizal Haji Lakat.

“Saya berharap menerusi aktiviti sihat itu akan melahirkan warga kampung yang sihat tubuh badan dan cergas serta cerdas sekaligus membantu membangunk­an Kampung Layangan dalam pelbagai bidang,”kata Faizal selepas menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Tambah Faizal, program tahunan itu akan terus diadakan kerana ia semakin diminati penduduk Kampung Layang-Layangan.

 ??  ?? KENANGAN: Pemain yang menyertai Kejohanan Lawn Bowls Tertutup MPK Layangan 2019 bergambar kenangan selepas menerima hadiah masing-masing.
KENANGAN: Pemain yang menyertai Kejohanan Lawn Bowls Tertutup MPK Layangan 2019 bergambar kenangan selepas menerima hadiah masing-masing.
 ??  ?? JUARA: Barisan pemain Anggak Bowls A1 yang muncul juara kejohanan itu.
JUARA: Barisan pemain Anggak Bowls A1 yang muncul juara kejohanan itu.
 ??  ?? KEDUA: Naib johan pasukan TM2 Blok 2.
KEDUA: Naib johan pasukan TM2 Blok 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia