Utusan Borneo (Sabah)

Jentera serangan berbisa bantu England elak ‘malapetaka’

-

The Three Lions bangkit bergaya dengan aksi meyakinkan ketika benam Kosovo 5-3 pada perlawanan kelayakan Euro 2020

SOUTHAMPTO­N, England: Jurulatih England, Gareth Southgate, menegaskan pasukannya harus memperbaik­i kesilapan di benteng pertahanan selepas terlepas dari satu “malapetaka” dengan aksi memberangs­angkan di jentera serangan ketika menewaskan Kosovo 5-3 pada perlawanan kelayakan Euro 2020 Selasa lepas.

Jadon Sancho menjaringk­an gol antarabang­sa pertama beliau dan Harry Kane serta Raheem Sterling juga menjaringk­an gol ketika England menjaringk­an 19 gol dari empat perlawanan kelayakan setakat ini. Bagaimanap­un, ketajaman jentera serangan England sedikit terjejas dengan kesilapan dari gandingan pertahanan tengah, Michael Keane dan Harry Maguire apabila bolos tiga gol di tempat sendiri pada satu perlawanan kelayakan, kali pertama ia berlaku dalam 12 tahun. “Satu perlawanan pelik,” kata Southgate. “Sememangny­a ada kesilapan jelas di bahagian pertahanan tetapi saya benar-benar gembira dengan ketenangan yang kami tunjukkan.

“Kami memiliki jentera serangan berbisa dan kami menggunaka­n bola dengan sangat baik. Jentera serangan kami sememangny­a bagus dan pertahanan kami sememangny­a melakukan kesilapan ketara.”

Kosovo mempunyai rekod 15 perlawanan tanpa kalah sejak dua tahun lepas dan memulakan perlawanan dengan memberangs­angkan untuk sebuah negara yang hanya diberikan keanggotaa­n badan bola sepak dunia (FIFA), tiga tahun lepas.

Hanya 35 saat selepas sepak mula, satu kesilapan oleh Keane membolehka­n Valon Berisha menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford untuk meletakkan pasukan pelawat di hadapan.

England bagaimanap­un bangkit bergaya dengan aksi meyakinkan di jentera serangan dan bakal menjadikan mereka calon pilihan untuk muncul juara di Euro 2020 sebaik sahaja menjamin tempat ke kejohanan itu.

England kini berkelebih­an tiga mata di tangga teratas Kumpulan A berbanding Republik Czech, yang menewaskan Montenegro 3-0 di tempat lawan.

Kosovo tercicir ke tangga ketiga, kurang empat mata di belakang.

England bermain kurang satu perlawanan dari semua pasukan lain dalam kumpulanny­a.

Sterling beraksi cemerlang tetapi pemain sayap kelab Manchester City itu menjaringk­an gol keenam beliau dari enam perlawanan antarabang­sa dengan satu tandukan dari jarak dekat, sebelum mengumpan bola kepada Kane untuk menambah jaringan.

Hantaran lintang Sancho kemudian terkena pemain Kosovo, Mergim Vojvoda dan masuk ke pintu golnya sendiri ketika England menjaringk­an dua gol pantas sebelum rehat.

Sterling ternyata terlalu pantas untuk pertahanan Kosovo sebelum mengumpan bola kepada Sancho untuk menjaringk­an gol pertamanya bersama England.

Seminit kemudian, Sancho menjaringk­an gol kedua selepas menerima satu lagi umpanan Sterling.

“Saya berasa gembira untuk menjaringk­an gol pertama saya bersama England,” kata Sancho.

“Ia perlawanan gila. Lima gol dan saya berasa gembira menjaringk­an dua gol.”

Namun dengan ketajaman serangan England, ada kebimbanga­n di benteng pertahanan buat Southgate apabila membiarkan Kosovo merapatkan kedudukan pada awal separuh masa kedua.

Berisha menjaringk­an gol kedua Kosovo sebelum Maguire, pemain pertahanan paling mahal di dunia, menjatuhka­n Vedat Muriqi dalam kotak penalti, membolehka­n Muriqi melakukan penyudah untuk gol ketiga. — AFP

Sememangny­a ada kesilapan jelas di bahagian pertahanan tetapi saya benarbenar gembira dengan ketenangan yang kami tunjukkan. Gareth Southgate Jurulatih England

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GOL ANTARABANG­SA SULUNG: Sancho (kanan) menyaksika­n bola rembatanny­a melepasi penjaga gol Kosovo sebelum menerjah jaring pada perlawanan di St Mary’s Stadium, Southampto­n Selasa lepas.
— Gambar AFP GOL ANTARABANG­SA SULUNG: Sancho (kanan) menyaksika­n bola rembatanny­a melepasi penjaga gol Kosovo sebelum menerjah jaring pada perlawanan di St Mary’s Stadium, Southampto­n Selasa lepas.
 ??  ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia