Utusan Borneo (Sabah)

Liga KDM: Pertembung­an Sepanggar, Semporna dijangka sengit

-

KOTA KINABALU: Perlawanan separuh akhir pertama pertanding­an liga Kejohanan Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia 2018-2019 antara pasukan Sepanggar dan Semporna di Stadium Likas, Ahad ini (15 September) menjanjika­n persaingan sengit.

Sepak mula perlawanan adalah pada jam 7.45 petang.

Menariknya, kedua-dua pasukan bukan sahaja dibarisi beberapa bekas pemain negeri tetapi juga merupakan finalis Piala FA kejohanan sama.

Kenyataan bersama pengurus pasukan Sepanggar, Haslan Rahi dan timbalanny­a, Rzwan Garin berharap, kelebihan sebagai tuan rumah diharap memberi tuah kepada mereka.

“Walaupun berhadapan dengan lawan yang diletakkan sebagai pasukan pilihan, kami akan cuba manfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri untuk mendapat kelebihan jaringan bekalan ke perlawanan kedua nanti,” kata mereka.

Semporna dikatakan dibarisi pemain-pemain muda dari Tawau FA yang menjuarai Liga Bola Sepak Rakyat 2018 dan diperkuatk­an beberap bekas pemain negeri seperti Leopold Alfonso, Zulfadlish­am Roseland, Arfiyansah Abdul Jaafar dan Masran Masri serta bekas pemain Sabah dan ketua pasukan PKNS Sharul Azhar Ture.

Sepanggar yang juga pasukan naungan Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkapA­hliParlime­nSepanggar, Datuk Azis Jamman pula dibarisi bekas pemain negeri seperti Nelmon Geoffrey dan Shahrul Chankui, bekas pemain JDT II Yuhendri Rusdi, bekas pemain PKNP Kedah Fariss Azlan Mat dan pemain berdarah Indonesia Paskalis, Sadam.

Dengan salah satu pasukan berpeluang memburu gelaran juara berganda, menjadikan perlawanan itu lebih sengit dan menarik.

Sambil itu, satu lagi perlawanan akhir mempertemu­kan Kudat dan Telupid pada hari sama di Kompleks Sukan Kudat tetapi sepak mula adalah pada jam 3.45 petang.

Kudat dan Telupid juga merupakan muka baharu kejohanan itu.

Keningau adalah penyandang gelaran juara manakala Papar naib juara liga edisi pertama kejohanan itu pada 2014-2015.

Kejohanan itu adalah hasil usaha Presiden KDM Malaysia yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony yang menjadi arkitek kejayaan Sabah menjulang gelaran juara Liga Premier 2019 sekaligus layak ke Liga Super 2020.

Kejohanan itu adalah antara medan bagi mengetenga­hkan bakat pemain negeri ini dengan tawaran hadiah keseluruha­n bernilai lebih RM300,000.

 ??  ?? SEPANGGAR: Pasukan Sepanggar mahu manfaatkan kelebihan gelanggang sendiri buru kelebihan awal.
SEPANGGAR: Pasukan Sepanggar mahu manfaatkan kelebihan gelanggang sendiri buru kelebihan awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia