KPDNHEP optimis jayakan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia
BIDOR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) optimis dalam menjayakan kempen Beli Barangan Buatan Malaysia di dalam dan luar negara.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kempen itu secara langsung dapat menyokong barangan buatan semua kaum sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.
“Bila sebut produk buatan Malaysia? Siapa yang buat? Yang buat itu Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban, Dayak. Tidak kira asalkan ia buatan Malaysia mengikut tafsiran maka ia layak dipromosikan.
“Jadi kalau kita buka balik skop kita tentang perniagaan dan perdagangan, kita dapati kita perlu mengekalkan rentak kempen beli barangan buatan Malaysia kerana bila ia berjaya, maka semua kaum akan berjaya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program menanam pokok dengan kerjasama Malaysia-Jepun bersempena ulang tahun yang ke-35 AEON Malaysia di Stesen Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini semalam.
Saifuddin berkata beliau melaluikementeriannyaakanke FestivalHalalBosniadiSarajevo pada 22 Sept dan Minggu Halal Africa di Capetown minggu depan untuk memperkenal sertamempromosikanbarangan buatan Malaysia.
Beliau berkata produk buatan Malaysia juga telah ditempatkan di semua pasar raya terkemuka termasuk AEONbagimemberisokongan kepada kempen berkenaan.
“Ada pasar raya yang telah menempatkan sehingga 30 peratusprodukbuatanMalaysia dan ada juga yang mencapai 18 hingga 20 peratus. Ia semua dilakukan bagi memastikan kempen itu berjaya,” katanya.
Saifuddin Nasution berkata kementeriannya juga telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta melalui belanjawan tahun ini yang bertujuan untuk mempromosikan barangan buatan Malaysia.
Katanya kerajaan kini kekal dengan polisi berkenaan dan beberapa inisiatif telah mula dilakukan melalui pameran dan pesta jualan yang dijalankan secara berkala di seluruh negara.
Selain itu, Saifuddin berkata pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat e-dagang dan syarikat penerbanganbagimemasarkan produk buatan Malaysia.
“Kita telah bekerjasama dengan AirAsia, sebagai contoh bila kita naik pesawat mereka, ada beberapa menu produk buatan Malaysia yang dipasarkan dalamnya.
“Begitu juga dengan Lazada dan Shopee dan sebagainya, kementeriantelahberkolaboratif dengan mereka dan ia sedang berjalan,” katanya. — Bernama