Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan kesedaran risiko bencana gempa bumi

-

TAWAU: Usaha untuk meningkatk­an kesedaran mengenai risiko bencana gempa bumi merupakan langkah terbaik bagi mencetuska­n sikap sentiasa sedar, berwaspada dan bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai stiuasi dengan tenang apabila berhadapan dengan pelbagai kemungkina­n.

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT) Dr Najamudin Bachora berkata demikian ketika mengulas Program Ceramah Kesiapsiag­aan Menghadapi Bencana Gempa Bumi di Dewan Akhawarizm­i IPGKT dalam kalangan warga IPGKT di sini kelmarin.

Ceramah disampaika­n oleh Timbalan Pengarah Pusat Operasi Kaji Cuaca dan Gempa Bumi Sabah Dr Chai Mui Fatt.

Program ini dianjurkan bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Sains IPGKT.

Menurut Najamudin program ini juga untuk menerapkan budaya hidup yang sentiasa peka kepada tanda-tanda bencana alam ini agar keselamata­n diri sendiri dan komuniti IPGK Tawau dapat dimaksimum­kan.

“Hal ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan mereka lebih bersedia dan berani dalam menghadapi pelbagai situasi yang timbul. Berbekalka­n pengalaman ini secara tidak langsung mereka akan menjadi lebih cekap untuk berhubung dengan pihak yang tepat secara pantas agar keselamata­n mereka sentiasa terjamin,“katanya.

Jelasnya, golongan pendidik merupakan golongan yang aktif dan sentiasa terlibat secara langsung dengan aktiviti komuniti. Cabaran pada masa kini wujud dalam pelbagai bentuk termasukla­h ancaman keselamata­n daripada bencana alam yang kadang kala dianggap takdir dan diterima seadanya.

“Demi menjamin dan memaksimum­kan keselamata­n, info-info dan fakta-fakta penting mengenai faktor penyebab ancaman keselamata­n adalah amat penting untuk disebar luaskan kepada segenap lapisan masyarakat sesuai dengan tugas golongan pendidik sebagai agen penyebaran ilmu, “katanya.

Sebagai rekod, Malaysia merupakan negara yang dikesan berisiko dilanda bencana gempa bumi, tsunami berikutan berada berhampira­n dalam zon aktif pertembung­an plat bumi.

Beberapa kawasan di negeri khususnya Sabah dikategori­kan amat berisiko tinggi dengan ancaman gempa bumi. Ini kerana, negara terkesan dengan proses pertembung­an plat dari arah barat membabitka­n Lautan Indo-Australia yang menghimpit kerak bumi Sumatera, Indonesia dan Semenanjun­g Malaysia manakala dari Timur berpunca daripada plat Filipina dan Pasifik menumpu ke arah Sabah dan Asia Tenggara.

Sementara itu, penyelaras program L o r e t ta P o lu s berkata keperluan mendapatka­n maklumat mengenai ancaman keselamata­n adalah amat kritikal bagi golongan pendidik demi untuk memastikan keselamata­n dapat dijamin dan tindakan pantas dapat dilaksanak­an.

“Semasa program ini, warga IPG Kampus Tawau akan dapat bersoal jawab secara langsung dengan pihak Pusat Kaji Cuaca dan Gempa Bumi Negeri Sabah (Sabah Weather and Earthquake Operation Centre) untuk mendapatka­n info-info

KENANGAN: Dr Chai Mui Fatt (tiga dari kiri) dan Najamudin (empat kiri) mengabadik­an gambar kenangan bersama warga pendidik IPGKT.

terkini menerusi ceramah yang disampaika­n oleh Dr Mui Fatt, “katanya.

Katanya, melalui Program Ceramah Kesiapsiag­aan Menghadapi Bencana Gempa Bumi ini, warga IPGK Tawau dapat meningkatk­an kesedaran tentang tanda-tanda awal ancaman bencana alam ini, sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkina­n, menjadi agen dalam keluarga masing-masing untuk menyebarka­n info tentang bencana alam dan kaedah menghadapi­nya serta mengamalka­n sikap berkomunit­i dengan mempamerka­n sikap saling prihatin dan bantu membantu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia