Utusan Borneo (Sabah)

TH umum 1 Nov 2019 tarikh akhir aktifkan akaun

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menetapkan 1 Nov 2019 sebagai tarikh akhir bagi pendeposit tidak aktif untuk mengaktifk­an akaun masingmasi­ng untuk mengelakka­n risiko kehilangan manfaat sebagai pendeposit akaun aktif TH.

TH dalam satu kenyataan semalam berkata, ia telah mengenal pasti lebih 700,000 akaun pendeposit TH (sehingga akhir Ogos 2019) melibatkan jumlah simpanan sebanyak RM60.4 juta yang tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut mulai 2012.

“Akaun-akaun yang masih tidak diaktifkan selepas 1 Nov 2019 akan dipindahka­n ke dalam kumpulan akaun dormant (tidak aktif) dan akaun-akaun tersebut tidak lagi memperoleh manfaat sebagai pendeposit akaun aktif TH.

“Namun begitu, amaun yang dipindahka­n ke akaun dormant tersebut masih lagi boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit TH menurut peruntukan seksyen 23(2) Akta Tabung Haji 1995,” kata TH.

Menurut TH, para pendeposit boleh mengaktifk­an akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi simpanan atau pengeluara­n wang.

Ia boleh dilakukan di manamana cawangan TH, kaunter juruwang (uniteller), atau melakukan transaksi atas talian dengan mana-mana rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB di seluruh negara.

Pendeposit juga boleh menyemak status akaun mereka di saluran-saluran ini dengan hanya membawa kad pengenalan masing-masing.

“Setiap tahun, TH akan mengingatk­an para pendeposit untuk memastikan status akaun sentiasa aktif, di samping mengemas kini data peribadi seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris bagi memudahkan TH menghubung­i pendeposit atau waris mereka untuk urusan penghantar­an surat tawaran haji dan pengurusan akaun,” kata TH.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun tidak aktif atau sebarang perkhidmat­an TH, orang ramai boleh menghubung­i talian khidmat pelanggan di nombor 036207 1919. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia