Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan sukan untuk bina jati diri

- Oleh Kenneddy Corlleus

Golongan muda disaran menjadikan sukan sebagai landasan untuk membina jati diri agar mereka lebih berdisipli­n serta memiliki ciri kepimpinan yang dilihat mampu memberi nilai tambah dalam kehidupan mereka.

Ahli Jawatankua­sa Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Parlimen Sipitang Zainih Bukari berkata, sukan mungkin dilihat sebagai alat kecergasan namun ianya secara tidak langsung mampu membina jati diri pemain.

Ini katanya, dalam sukan sudah pasti ada ketua dalam setiap kumpulan dan ketua mereka pasti akan memimpin pasukan masing-masing serta bertanggun­gjawab merancang dan memberi arahan kepada ahli pasukan untuk bermain bagi mencapai sasaran untuk menang.

“Secaraumum,semuamenge­tahui sukan adalah aktiviti yang memberikan kecergasan. Tetapi tidak semua sedar ianya mampu membina malah meningkatk­an jati diri pemainnya.

“Merekayang­bersukanak­an lebih peka, berdisipli­n dan pada masa sama berkeboleh­an memimpin serta mempunyai semangat tinggi untuk menang. Dan ini jika diterjemah­kan ke dalam kehidupan mereka, ia merupakan nilai tambah kepada diri mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran Armada Kampung Lupak, KRT Kg Lupak dan Persatuan Alumni SK Lupak.

Dalam pada itu, Zainih yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Matbali Musah turut merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat khususnya para penyumbang dalam menjayakan kejohanan kali ini.

Beliau berharap, program kali ini bukan sahaja dapat memupuk jati diri pemain tetapi secara tidak langsung dapat merapatkan silaturahi­m sesama pemain serta masyarakat setempat.

“Saya berharap, sukan kali ini dapat mengukuhka­n lagi perpaduan diantara semua pihak yang terlibat dan yakin penganjura­nakandatan­gmampu membawa lebih banyak kesan positif terutama kepada masyarakat khususnya golongan muda,” katanya.

 ??  ?? ALBUM: Zainih merakamkan gambar kenangan bersama salah satu pasukan yang terlibat dalam kejohanan itu.
ALBUM: Zainih merakamkan gambar kenangan bersama salah satu pasukan yang terlibat dalam kejohanan itu.
 ??  ?? SAMPAIKAN: Zainih menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemain sempena majlis itu.
SAMPAIKAN: Zainih menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemain sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia