Utusan Borneo (Sabah)

Tuntutan wang tebusan tidak akan dilayan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sebarang tuntutan wang tebusan daripada kumpulan penculik membabitka­n tiga nelayan warga Indonesia tidak akan dilayan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, setakat ini kumpulan terbabit membuat dua panggilan telefon untuk menuntut wang tebusan.

Katanya, panggilan terakhir diterima pada 30 September lepas menerusi kakak salah seorang mangsa yang berada di Sandakan.

“Suspek menuntut wang tebusan untuk ketiga-tiga mangsa terbabit.

“Difahamkan ketiga-tiga mangsa berada di satu kawasan di selatan Filipina.

“Kita akan berhubung dengan agensi keselamata­n dari negara jiran untuk meminta bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini semalam.

Pada 23 September lepas, ketiga-tiga mangsa yang dikenali sebagai Maharudin Lunani, 48, anaknya Muhammad Farhan Maharudin, 27, dan anak saudaranya Samiun Maneu, 27, diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira jam 11.55 pagi di perairan Tambisan Lahad Datu.

Mangsa kemudianny­a dibawa ke Pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Omar (tengah) bersama Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Zaini Jass (kiri) semasa sidang media itu.
SIDANG MEDIA: Omar (tengah) bersama Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Zaini Jass (kiri) semasa sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia