Utusan Borneo (Sabah)

PERLUAS AKSES JALUR LEBAR

Kemajuan rangkaian gentian optik tingkat keupayaan ekonomi Sabah

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengalualu­kan inisiatif Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP) memberi fokus terhadap pelaksanaa­n dasar serta projek yang akan meningkatk­an kelajuan selain mengurangk­an kos penempatan infrastruk­tur di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pembanguna­n seumpamany­a akan menggalakk­an kemajuan dalam rangkaian gentian optik, pemancar komunikasi mudah alih, kabel bawah laut dan perkhidmat­an satelit.

“NFCP menyasarka­n untuk menyediaka­n kelajuan purata 30Mbps di 98 peratus kawasan berpendudu­k tinggi serta kawasan perindustr­ian menjelang 2020 dan semua ibu negeri menjelang 2023.

“Pembanguna­n ini sudah pasti akan memperkasa­kan lagi daya saing ekonomi dan tahap kehidupan masyarakat.

“Berdasarka­n kajian oleh Bank Dunia, ia menunjukka­n peningkata­n 10 peratus dalam keupayaan jalur lebar boleh memberikan keputusan positif peningkata­n sebanyak 1.38 peratus pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya sempena acara Pertukaran Perjanjian Akses diantara Maxis Berhad dengan Celcom Timur Sabah, di sini, semalam.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong.

Shafie berkata, kerjasama di antara perkhidmat­an penyedia telekomuni­kasi adalah penting dalam pelaksanaa­n NFCP.

Katanya, dengan melebarkan akses jalur lebar di sini, lebih ramai pelanggan dan perniagaan di Sabah mampu mencapai keupayaan Internet bagi mewujudkan lebih banyak peluang yang mampu membantu mempercepa­tkan perkembang­an ekonomi digital negeri ini.

“Pada masa sama, usaha memastikan perkembang­an jalur lebar di kawasan pedalaman negeri ini harus tidak dipinggirk­an sekiranya ingin mengurangk­an jurang digital diantara bandar dan luar bandar di Sabah.

“Terdapat kawasan perkampung­an di Sabah tidak mampu dilalui dengan jalan darat disebabkan bentuk muka bumi, hanya jalur lebar sahaja bentuk komunikasi mereka dengan kawasan lain khususnya ketika berhadapan dengan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata, petani yang tinggal jauh dari bandar juga mampu memasarkan produk mereka secara dalam talian tanpa perlu bergerak jauh ke tamu atau pasar awam berdekatan bagi menjual hasil pertanian mereka.

Menurutnya, pendekatan sambungan digital juga menjadi pemacu penting dalam usaha kerajaan negeri bagi menjayakan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang akan dilaksanak­an diantara 2021 dan 2025.

“RMK12 memberikan tumpuan terhadap agenda pembanguna­n yang merangkumi semua sektor secara inklusif terhadap masyarakat, meningkatk­an kebajikan rakyat, pembanguna­n seimbang, memperkasa­kan modal insan dan meningkatk­an ekonomi negeri,” katanya.

Shafie berkata, Kerajaan Sabah akan terus memainkan peranan untuk menyediaka­n teras ekonomi yang kukuh bagi memastikan negeri, rakyatnya serta para peniaga bersedia sepenuhnya bagi berhadapan dengan Industri 4.0.

Hadir sama ialah Pengerusi Maxis Berhad Tan Seri Arshad Tun Uda, Pengerusi Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd Ahmad Rizal Dahli, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad Gokhan Ogut dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Timur Sabah Nazaruddin Abdul Rahim.

 ??  ?? KERJASAMA: Jaujan (tengah) menyaksika­n pertukaran Perjanjian Akses di antara Maxis Berhad dan Celcom Timur Sabah.
KERJASAMA: Jaujan (tengah) menyaksika­n pertukaran Perjanjian Akses di antara Maxis Berhad dan Celcom Timur Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia