Utusan Borneo (Sabah)

Peratus indeks jenayah Sabah menurun

Polis minta orang ramai supaya terus beri kerjasama bagi menangani kegiatan jenayah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Indeks jenayah yang dilaporkan di Sabah merekodkan penurunan sebanyak 190 kes tahun ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, penurunan indeks berkenaan melibatkan jumlah sebanyak 4,432 kes berbanding 4,622 kes tahun lepas.

Katanya, kira-kira 0.89 peratus masih diperlukan untuk polis kontinjen Sabah mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan tahun ini.

Beliau berkata, bagi jenayah kekerasan, sebanyak 486 kes dilaporkan tahun ini berbanding 444 kes tahun lepas manakala jenayah harta benda merekodkan sebanyak 3,946 kes berbanding 4,178 kes tahun lepas.

“Bagi statistik jenayah, usaha untuk membantera­s kegiatan perjudian antara tindakan yang digiatkan pasukan polis kontinjen Sabah.

“Dalam tempoh 1 Januari hingga 6 Oktober lepas, sebanyak 379 serbuan berjaya dijalankan di seluruh Sabah.

“Seramai 437 tangkapan termasuk 277 lelaki dan 160 perempuan ditahan bersama rampasan sebanyak 439 telefon bimbit, enam emsin slot dan wang tunai berjumlah RM136,883,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini semalam.

Omar berkata, bagi judi dalam bangunan, sebanyak 55 serbuan berjaya dibuat dengan jumlah tangkapan 154 membabitkl­an rampasan wang tunai berjumlah RM67,048, manakala judi luar bangunan sebanyak 100 serbuan dijalankan dengan rampasan wang tunai berjumlah RM90,158.

Selain itu pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM123,562 membabitka­n 563 serbuan untuk kegiatan judi ekor haram.

Beliau menekankan, polis kontinjen Sabah sentiasa komited untuk membantera­s kegiatan judi dengan menjalanka­n lebih banyak serbuan pada masa akan datang.

Pada masa sama, beliau menyeru orang ramai supaya terus memberikan kerjasama dengan pihak polis dalam menangani kegiatan jenayah di negeri ini.

 ??  ??
 ??  ?? PANGKAT: Omar memakaikan pangkat pada salah seorang anggota polis pada majlis itu.
PANGKAT: Omar memakaikan pangkat pada salah seorang anggota polis pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia