Utusan Borneo (Sabah)

Dua pekerja pasar raya mengaku tidak salah

Salah guna kad prabayar bernilai RM240, RM1,665

- Oleh Clarice Usop

KOTA KINABALU: Dua pekerja pasar raya dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan dengan curang menyalahgu­nakan harta.

Bagaimanap­un Emerda Amat, 29, dan Bryan Roy George, 22, yang didakwa secara berasingan mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Emerda dan Bryan didakwa menyalahgu­nakan kad prabayar masing-masing yang berjumlah RM240 dan RM1,665, sekitar 13 dan 16 Julai hingga 3 September di sebuah pasar raya di Kobusak, Penampang.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh lima tahun dan sebat, serta boleh dikenakan denda.

Sementara menunggu kes selesai, Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit memohon satu tarikh baharu pengurusan kes ditetapkan.

Oleh itu, beliau mencadangk­an ikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh.

Namun kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah berkenaan dikurangka­n.

Stephanie memberikan ikat jamin sebanyak RM3,000 kepada mereka yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 22 Oktober dan 11 November terhadap Emerda dan Bryan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia