Utusan Borneo (Sabah)

Fahami proses perundanga­n, sistem pentadbira­n

Vivian bawa 10 pelajar Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam Sandakan lawatan ke Parlimen Malaysia

- Oleh Yusop Teppo

AHLI Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee memulakan sesi parlimenny­a dengan memperkena­lkan satu lawatan sambil belajar untuk 10 orang pelajar dari Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam Sandakan untuk mengunjung­i ke Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUnda­ng) Datuk Liew Vui Keong turut mengambil masa untuk bertemu dengan rombongan pelajar dari Sandakan di Parlimen.

Kesemua pelajar itu dipilih oleh sekolah berkenaan untuk menyertai lawatan ke Parlimen itu berdasarka­n sikap dan prestasi pembelajar­an mereka yang baik bagi lawatan sambil belajar ke parlimen itu.

Vivian berkata, inisiatif lawatan ini juga antara lain menggalakk­an pelajar berkenaan untuk mempelajar­i lebih lagi mengenai proses membuat perundanga­n di negara ini.

“Selain itu, lawatan pelajar ini juga memberi peluang kepada pelajar sekolah kita untuk berinterak­si dengan beberapa Ahli Parlimen dan menteri-menteri semasa lawatan mereka ke Parlimen ini,” katanya.

Vivian menambah, pelajar pada hari ini juga harus didedahkan dengan sistem pentadbira­n kerajaan dan mempunyai pandangan politik mereka sendiri dimana mereka juga akan mengundi pada pilihan raya akan datang.

“Melalui perjumpaan saya dengan beberapa pelajar tempatan sebelum ini, saya juga berasa amat sedih kerana mendapati kebanyakan pelajar kita tidak memberikan perhatian yang banyak atau minat kepada sistem dan politik serta struktur negara kita,” jelasnya.

Sebelum ini juga, Vivian pernah sekali bertanya kepada sekumpulan pelajar sekolah menengah mengenai Perjanjian Malaysia 1963.

“Saya amat terkejut di mana hanya sedikit daripada mereka mengetahui latar belakang penubuhan Malaysia pada tahun 1963,” tambahnya.

Vivian berharap menerusi inisiatif program lawatan pelajar ke parlimen itu, ia akan memberi kesedaran kepada pelajar tempatan untuk mengetahui isu semasa di peringkat kebangsaan.

Manakala, Liew yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi akan memastikan sepanjang lawatan ini, pelajar berkenaan akan melawat ruang kerjaya dan amat menggalakk­an mereka mempelajar­i serta memahami struktur atau proses membuat perundanga­n di negara ini.

Selaku peguam, Liew berkata memahami dan mempelajar­i undang-undang bukan hanya seperti sekadar meletakkan perisai pada diri sendiri.

Semasa lawatan pelajar itu, Liew juga berkongsi matlamat dan visinya selaku Menteri Persekutua­n (undang-undang).

Beliau berharap menerusi lawatan itu, pelajar berkenaan akan mendapat manfaat serta pengalaman dan berani menyuaraka­n suara serta pendapat mereka sendiri.

Sementara itu, salah seorang pelajar berkenaan, Mohd Alfian, berkata, ia benar-benar sebagai pembuka mata kepadanya dan rakan-rakannya yang lain yang mendapat peluang duduk di dalam parlimen semasa sesi soal jawab.

“Kami juga berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya ketika ditanya pengalaman melawat bangunan Parlimen.

Ketika ditanya apakah antara perkara yang paling mereka peroleh dari lawatan ke Parlimen ini, Mohd Alfian berkata, seseorang perlu belajar untuk mengkaji setiap isu secara mendalam untuk memahami sepenuhnya cabaran dan kekangan yang ada.

Katanya, seperti yang dikongsika­n oleh Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong kepada mereka, anda tidak boleh hanya membaca tajuk sahaja dan menjadi pakar.

 ??  ??
 ??  ?? LAWATAN: Para pelajar Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam Sandakan bergambar bersama Vivian dan Liew.
LAWATAN: Para pelajar Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam Sandakan bergambar bersama Vivian dan Liew.
 ??  ?? ALBUM: Para pelajar bersama Vivian berkesempa­tan bergambar bersama Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ALBUM: Para pelajar bersama Vivian berkesempa­tan bergambar bersama Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia