Utusan Borneo (Sabah)

YSG Silica Sdn Bhd, Sebangun Sdn Bhd meterai MoU bagi industri silika

-

KOTA KINABALU: Kumpulan Yayasan Sabah dan Syarikat Sebangun Sdn Bhd, iaitu anak syarikat KTS Group, memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) untuk melaksanak­an projek usaha sama melombong pasir silika.

Bagi tujuan usaha sama itu, Yayasan Sabah menubuhkan anak syarikat, YSG Silica Sdn Bhd, dengan memegang 60 peratus saham, manakala syarikat Sebangun 40 peratus saham.

Ia bagi membangunk­an industri silika di Sabah meliputi kawasan seluas 2,418 hektar yang akan dibangunka­n dalam tempoh 25 tahun.

Memorandum persefaham­an (MoU) mengenainy­a ditandatan­gani oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria dan Pengarah Urusan KTS Holding Sdn Bhd, Dato Henry Lau, dengan disaksikan oleh pegawaipeg­awai kanan Yayasan Sabah dan Pengarah KTS Holding Sdn Bhd, Kenny Law.

Majlis berlangsun­g di Yayasan Sabah.

Sebagai permulaan, syarikat akan memulakan kerja eksplorasi dengan Sebangun bertanggun­gjawab bagi pelan pengurusan dan operasi perniagaan tersebut.

Sebangun terlibat dalam industri pemprosesa­n silika dan pasir sejak 1985 di Bintulu dan Marudi, Sarawak. Dengan pengalaman selama 35 tahun dalam industri berkenaan, Syarikat Sebangun mempunyai pakar serta jentera dalam bidang berkenaan.

 ??  ?? METERAI: Jamalul (dua kiri) dan Henry (dua kanan) menandatan­gani MoU di Yayasan Sabah, semalam.
METERAI: Jamalul (dua kiri) dan Henry (dua kanan) menandatan­gani MoU di Yayasan Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia