Utusan Borneo (Sabah)

Susulan kemalangan maut di Kg Cocos, mekanik tampil serah diri

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Mayat seorang lelaki dengan kesan luka di kepala yang ditemui di dalam parit di tepi jalan Batu 6, Jalan Utama Kampung (Kg) Cocos, dekat sini, kelmarin diklasifik­asikan polis sebagai kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor dalam kenyataann­ya mendedahka­n suspek, seorang mekanik berumur 54 tahun yang disyaki melanggar mangsa tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, jam 4.15 petang, kelmarin.

Menurutnya, hasil siasatan kejadian berlaku ketika suspek yang memandu kenderaan jenis Toyota Rav4 sedang dalam perjalanan dari Lahad Datu menuju ke rumahnya di Kampung Cocos pada Ahad jam 9.30 malam.

“Ketika melalui tempat kejadian yang dalam keadaan gelap tiada lampu jalan, suspek tiba-tiba terlanggar seorang pejalan kaki.

“Mangsa ketika itu sedang melintas jalan dari bahu jalan sebelah kiri arah Kg Cocos ke jalan sebelah kanan,” katanya.

Menurut Nasri, akibat kemalangan itu, mangsa tercampak ke bahu jalan sebelah kiri dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kenderaan mengalami kerosakan kemek bonet depan sebelah kiri, bumper depan sebelah kiri pecah, cermin hadapan sebelah kiri retak.

Keputusan ujian urin suspek didapati negatif penggunaan dadah manakala ujian Toksikolog­i belum diperoleh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingg RM20,000 jika sabit kesalahan.

Kelmarin, mayat seorang lelaki dengan kesan luka di kepala dalam keadaan tertiarap ditemui orang awam dan tiada pengenalan diri dijumpai.

Bagaimanap­un sekeping gambar seorang wanita di dalam dompet mangsa ditemui dan meminta wanita berkenaan tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.

 ??  ?? NASRI
NASRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia