Utusan Borneo (Sabah)

46 kakitangan UMSKAL hadiri Kursus Coaching Minda

-

LABUAN: Seramai 46 kakitangan sokongan Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) menghadiri Kursus Coaching Minda 2019 (Lanjutan) Siri II yang diadakan di Bilik Sri Menanti, Bangunan Menara UMSKAL pada 7 dan 8 Oktober lalu.

Kursus dua hari itu dikendalik­an Ketua Bahagian Sumber Manusia UMS, Masri Judah.

Beliau yang juga timbalan pendaftar kanan berkata antara objektif kursus berkenaan ialah untuk meningkatk­an potensi kerja yang baik melalui pendekatan Neuro Lingustic Programmin­g (NLP).

Kursus itu juga bertujuan mengenali sistem reprentasi diri, membantu berinterak­si dan berkomunik­asi dengan lebih baik.

“Kursus dua hari itu juga bertujuan memaksimum­kan kemampuan diri,” kata Masri ditemui selepas mengakhiri ceramahnya, semalam.

 ??  ?? ALBUM: Masri (empat kanan) bersama peserta Kursus Coaching Minda 2019 (Lanjutan) Siri II di UMSKAL.
ALBUM: Masri (empat kanan) bersama peserta Kursus Coaching Minda 2019 (Lanjutan) Siri II di UMSKAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia