Utusan Borneo (Sabah)

Gajah: Lima suspek dibebas, pendatang haram dihadapkan ke mahkamah

-

TAWAU: Lima daripada enam suspek yang disyaki terbabit dalam pembunuhan seekor gajah Pygmy yang ditemui di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan dekat sini, baru-baru ini, dibebaskan dengan jaminan polis, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Nor Azizulkifl­i Mansor.

Manakala seorang lagi, yang merupakan pendatang haram dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini bagi pertuduhan di bawah Seskyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

“Lima orang yang dibebaskan dengan jaminan ini pun akan terus diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi mereka (JHL) menyiapkan kertas siasatan,” katanya.

Pada 3 Okt lalu, keenamenam suspek terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang pendatang haram ditahan reman empat hari, sebelum reman mereka disambung dua hari lagi yang berakhir semalam.

Dalam pada itu, Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris berkata pihaknya kini sedang meneliti dokumen berkaitan kes itu dan sebarang maklumat akan dimaklumka­n kemudian.

Sementara itu, semalam di Mahkamah Sesyen, seorang lelaki Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak memiliki pas atau permit sah menduduki negara ini.

Tertuduh, Osman Ghafar, 48, membuat pengakuan itu dihadapanT­imbalanPen­daftar Mahkamah Tinggi (bersidang sebagai Hakim Mahkamah Sesyen), Amir Shah Amir Hassan, selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Osman, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Felda Umas, Kalabakan pada 1.30 pagi, 2 Okt lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1)(c)Akta Imigresen 1963.

Amir Shah kemudian menetapkan 22 Okt ini sebagai sebutan semula kes.

Kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa ASP Dayan Nur Azarinahwa­ty Ag Kachee.

Tertuduh yang juga buruh kasar antara enam lelaki ditahan polis dalam Ops Khazanah pada 2 Okt lalu, bagi membantu siasatan kes gajah ditemui mati di Sungai Udin oleh sekumpulan pemancing pada 25 Oktober, dan sehari kemudian JHL mengesahka­n perkara berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia