Utusan Borneo (Sabah)

Peladang harap peningkata­n sektor padi, buah, kopi dari usahawan tani

- Oleh Henry Bating

KOTA MARUDU: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu, Tenom dan W.P Labuan melahirkan harapan tinggi untuk menerima agihan Belanjawan 2020 untuk memperkasa peladang bagi meningkatk­an hasil bagi memenuhi keperluan dalam negara.

Pengerusi PPK Kota Marudu Datuk George Sangkin berkata pihaknya memberi keutamaan kepada peningkata­n hasil tanaman padi namun lebih separuh daripada kawasan sawah tidak dapat diusahakan kerana ketiadaan tali air.

“Berikanlah peruntukan untuk membangun kemudahan pertaniaan bukan sahaja ke sawah-sawah tetapi juga ke kebun-kebun kecil kerana pada kebiasaann­ya peruntukan untuk tujuan-tujuan seperti ini tidak disediakan,” katanya.

George yang juga mantan Ahli Parlimen Kota Marudu berharap Kementeria­n Pertanian di peringkat persekutua­n dan negeri dapat menyediaka­n peruntukan untuk membina, membaiki jalan dan membuat jalan-jalan kecil ke kebun penduduk.

Melalui pendekatan itu, George berharap hasil padi dapat ditingkatk­an namun pelbagai kekangan yang berlaku ketika ini perlu diatasi seperti kos jentera dan input yang tinggi serta harga padi di Sabah yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran di Semenanjun­g.

“Harga padi (Sabah) terlalu rendah sekitar RM800RM900 setiap tan sedangkan kos pengeluara­n lebih daripada itu. Kami cadang naikkan sehingga RM120 setan seperti di Semenanjun­g,” katanya.

George yang juga Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri menjelaska­n paras harga padi yang tinggi dapat merangsang peranan pengilang padi untuk menggalakk­an para petani meningkatk­an hasil melalui penggunaan kaedah terbaik dan penanaman beberapa musim.

George juga berharap Belanjawan 2020 dapat memberikan kemudahan untuk meningkatk­an tanaman buah-buahan dengan memberi bantuan penyediaan benih, bibit asli dan pemantauan.

Sementara itu Pengerusi PPK Tenom Jefferi Ho berharap subsidi baja dan racun untuk penanaman padi bukit dan padi sawah dapat dikekalkan.

“Kita juga meletakkan sasaran untuk meningkatk­an penyertaan penduduk kampung dalam penanaman kopi sebagai menyahut saranan Menteri (Perusahaan Asas Tani dan Komoditi Datuk Salahuddin Ayob) dalam lawatan ke Tenom bulan lalu untuk mengekalka­n peranan Tenom sebagai pengeluar kopi,” katanya.

Jefferi percaya penglibata­n penduduk kampung dalam penanaman kopi dapat ditingkatk­an melalui pemberian insentif atau subsidi bagi mengurangk­an pergantung­an import bahan mentah untuk proses Kopi Tenom.

“Di Tenom terdapat tiga kilang kopi utama dan 70 peratus bahan mentah yang diperlukan adalah import, ada juga bekalan dari penduduk tapi tidak banyak,” katanya.

Jefferi turut melihat pentingnya penglibata­n kerajaan dalam meningkatk­an penanaman buah-buahan melalui pemberian insentif dan subsidi.

Manakala Pengerusi PPK Labuan Utara Bungso Haji Mohamad berharap Belanjawan 2020 dapat memberi perhatian kepada usaha memperkasa peladang dengan melahirkan ahli-ahli sebagai usahawan tani.

Bungso menjelaska­n Labuan mampu meningkatk­an hasil pertanian untuk keperluan sendiri kiranya terdapat program yang lebih terfokus untuk melahirkan ramai penduduk menjadi usahawan tani.

“Sebagai contoh tanaman serai, lengkuas, limau nipis, limau kasturi, cili dan yang lainnya dapat dihasilkan melalui program bersepadu di kalangan ahli setiap unit di kampung-kampung namun pelaksanaa­nnya tetap memerlukan dukungan peruntukan kewangan dari kerajaan,” katanya.

Bagi Bungso sasaran paling penting dalam melahirkan usahawan tani ialah pengusaha berkenaan dapat memperoleh pendapatan yang memadai untuk kehidupan keluarga tanpa bergantung kepada sumber lain.

 ??  ?? GEORGE SANGKIN
GEORGE SANGKIN
 ??  ?? JEFFERI HO
JEFFERI HO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia