Utusan Borneo (Sabah)

Juragan terjun ke laut, elak ditangkap

- Oleh Amir Anuar

SEMPORNA: Seorang juragan bot pam bertindak terjun ke laut untuk mengelak daripada ditangkap sebaik menyedari kehadiran Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Norrimi Hassan berkata kejadian itu dilaporkan berlaku di perairan Pulau Bum-Bum di sini, kira-kira jam 3 petang, kelmarin.

“Bot peronda kita sedang menjalanka­n tugas rutin dan menahan bot ronda berkenaan selepas didapati bergerak dalam keadaan mencurigak­an, namun juragan bot terjun ke laut.

“Hasil pemeriksaa­n, kita menemui sebuah beg plastik, satu tong gas, dua enjin bot pam dan sembilan tong minyak petrol dalam bot pam terbabit,” katanya, di sini semalam.

Norrimi berkata nilai rampasan di dalam kes itu dianggarka­n berjumlah RM5,000 dan kesemua barang-barang terbabit ditunda masuk ke Jeti Kem Azumi Semporna.

Mengulas lanjut, suspek dipercayai cuba menjalanka­n aktiviti penyeludup­an petrol bersubsidi dari negara ini melalui Semporna untuk dibawa keluar ke negara jiran.

“Penahanan kesemua barang rampasan terbabit dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan penguatkua­saan akan terus ditingkatk­an dari semasa ke semasa.

“Kita harap orang ramai terus bekerjasam­a dan menyalurka­n maklumat menerusi talian Aduan Zon Maritim Semporna 089-782619 atau bantuan kecemasan MERS999,” katanya.

 ??  ?? DITAHAN: Juragan bot ini bertindak terjun ke laut sebelum sempat ditangkap oleh pihak penguat kuasa.
DITAHAN: Juragan bot ini bertindak terjun ke laut sebelum sempat ditangkap oleh pihak penguat kuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia