Utusan Borneo (Sabah)

Hina masyarakat Bisaya, PBBS buat laporan polis

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook yang menghina masyarakat Bisaya di negeri ini khususnya dari Beaufort sebagai pendatang tanpa izin (PTI).

Timbalan Presiden PBBS Dr Siti Aidah Lukin berkata, tuduhan suku kaum Bisaya sebagai PTI dan Bisaya Beaufort dari Filipina adalah kesilapan fakta yang menjejaska­n imej bangsa Bisaya.

“Bisaya Sabah ialah etnik peribumi Sabah yang dikategori­kan sebagai Orang Asal di Sabah. Jadi tindakan individu ini cuba mengeliruk­an umum dengan kenyataan di media sosial boleh menimbulka­n kemarahan orang Bisaya dan menjejaska­n keharmonia­n masyarakat pelbagai etnik di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam kenyataan di media sosial (Facebook), pengguna yang menggunaka­n nama ‘Mohd Khdir’ bertindak memuat naik kata-kata yang menghina suku kaum Bisaya di Beaufort sebagai keturunan (PTI) dari Filipina.

“PBBS meminta pihak berkuasa menjalanka­n siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada pemilik akaun yang menghina masyarakat Bisaya di negeri ini,” katanya.

Turut membuat laporan polis ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lajau Ajun Atin.

Menurut Atin, suku kaum Bisaya merasakan status yang dimuat naik yang menyamakan bangsa kami (Bisaya) sebagai PTI merupakan satu penghinaan kepada masyarakat Bisaya di negeri ini.

“Kenyataan ‘Mohd Khdir’ tidak sepatutnya dilakukan terhadap bangsa kami sebagai Bumiputera tulen di negeri ini,” katanya ketika dihubungi selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort, semalam.

Atin yang juga pengerusi Biro Kebudayaan Parti Warisan Bahagian Beaufort berkata, sebagai rakyat sama taraf Bumiputera di negara ini tidak sepatutnya membuat penghinaan sebegitu rupa terhadap kaum lain.

“Kaum Bisaya dilihat tidak dihormati sedangkan negara ini mempunyai rakyat berbilang kaum yang sepatutnya menghormat­i antara satu sama lain,” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak agar lebih bertanggun­gjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluark­an kenyataan yang boleh menimbulka­n kemarahan kaum lain.

“Kami sebagai orang Bisaya tidak mahu perkara yang menyakitka­n hati kaum kami ini berulang,” katanya.

 ??  ?? LAPOR: Sebahagian daripada AMT PBBS selepas membuat laporan polis.
LAPOR: Sebahagian daripada AMT PBBS selepas membuat laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia