Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 25 sertai bengkel penulisan Haraki

-

LAHAD DATU: Seramai 25 orang menyertai bengkel penulisan Haraki yang terdiri daripada Ahli jawatankua­sa PASTI, Nusaibah, Jabatan Amal, Briged Muslimat dan Ameerah, di sini baru-baru ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah Mustaman Mustain berkata, bengkel ini bertujuan untuk melahirkan wartawan rakyat yang akan melaporkan aktiviti-aktiviti PAS di daerah ini.

“Selama bengkel berlangsun­g, semua peserta didedahkan dengan teori penulisan berita, menjalanka­n praktikal penulisan berita dan kaedah menulis di media sosial,” katanya.

Beliau berharap setiap peserta dapat memanfaatk­an ilmu yang diperolehi didalam bengkel ini dan mengaplika­sikan dengan cara yang betul.

“Semoga semua peserta dapat memperbetu­lkan teknik penulisan dengan baik dan dapat menulis dengan lebih kerap selepas ini,” katanya.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Silam Landari Labobo dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Silam Sumarni Sainddin.

 ??  ?? PESERTA: Mustaman (tengah) bergambar bersama peserta bengkel.
PESERTA: Mustaman (tengah) bergambar bersama peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia