Utusan Borneo (Sabah)

Program CSSP bantu kurang kadar kemalangan jalan raya babit motosikal

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Program Sokongan Keselamata­n Perjalanan (CSSP) melibatkan motosikal amat diperlukan dalam usaha mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun berkata CSSP terbukti berkesan mengurangk­an kadar kemalangan membabitka­n penunggang motosikal apabila peratus kemalangan bagi syarikat yang mengikuti program itu telah menurun sebanyak 70 peratus.

“Walaupun ada pihak yang menyatakan kebimbanga­n, tetapi melihat dari sudut lain, CSSP adalah satu peluang untuk membuat kerangka keselamata­n yang dapat mengubah cara pemanduan khususnya bagi penunggang motosikal.

“Disebabkan itu juga, kita perlu meneliti kerangka keselamata­n sedia ada kerana isu keselamata­n tidak boleh dipandang remeh.

“Saya percaya program ini dapat membantu meningkatk­an keselamata­n penunggang sekaligus mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya membabitka­n motosikal,” katanya sempena Program Sokongan Keselamata­n Perjalanan (CSSP) Tahun 2019 di Kilang Green Edible Oil Sdn Bhd di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Pejabat PERKESO Sandakan Hajah Mariam Hassan.

Program itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan Keselamata­n Sosial — Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (PERKESO-MIROS) dan Green Edible Oil Sdn Bhd.

 ??  ?? KESELAMATA­N: Calvin memakaikan topi keledar kepada salah seorang kakitangan yang menggunaka­n motosikal untuk pergi dan balik kerja.
KESELAMATA­N: Calvin memakaikan topi keledar kepada salah seorang kakitangan yang menggunaka­n motosikal untuk pergi dan balik kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia