Utusan Borneo (Sabah)

1,300 biji benih bakau ditanam

Hari Penanaman Pokok Bakau perkenal kepentinga­n hutan bakau

- Oleh Yusop Teppo

TUARAN: Program Penanaman Pokok Bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai Negara (JTPP) oleh Jawatankua­sa Teknikal Perancanga­n dan Pelaksanaa­n Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara (JTPP) dilancarka­n Sulaman Wetland Sanctuary, kelmarin.

Program penanaman dan lawatan ini merupakan salah satu program di bawah Jawatankua­sa Teknikal Perancanga­n dan Pelaksanaa­n Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies yang sesuai di persiaran pantai negara (JTPP) di mana ahli mesyuarat terdiri daripada 3 Wilayah iaitu Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia.

Matlamat utama program ini adalah untuk memperkena­lkan kepentinga­n hutan bakau kepada masyarakat setempat sebagai pelindung daripada ombak serta menghalang hakisan pasir.

Program pemulihara­an ini melibatkan penanaman sebanyak 1,300 biji benih daripada lima spesies bakau, ia merupakan rekod terbanyak bagi satu sesi penanaman dalam tahun 2019 bagi kawasan lesen SFMLA Borneo Sulaman Cove.

Ahli-ahli yang datang terdiri daripada Ketua Konservato­r Hutan, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia, Pengarah-pengarah Negeri, agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

Program ini turut dihadiri oleh 23 orang pelajar Sekolah Rendah Termunong untuk pembelajar­an dan penjagaan alam sekitar.

Hutan Bakau Tasik Sulaman diwartakan sebagai Hutan Simpan Bakau kelas V yang diurustadb­ir oleh Jabatan Perhutanan Sabah.

Pada tahun 2007, hak pengurusan sebahagian daripada Hutan Simpan telah diberikan kepada Borneo Sulaman Cove Sdn Bhd sebagai Unit Pengurusan Hutan (FMU) untuk tempoh 50 tahun, dibawah Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) 02/2007.

Hutan Simpan ini terletak di Daerah Tuaran, seluas 488 hektar terdiri daripada Hutan Bakau, Hutan Persisiran dan kawasan terdegrada­si besar yang telah ditumbuhui oleh tumbuh-tumbuhan bukan asli.

Rizab Lot 1 meliputi kawasan 103.33 hektar yang terletak di Utara Saluran Sulaman, manakala Lot 2 meliputi kawasan - 384.68 hektar yang terletak di Bahagian Selatan Saluran Sulaman.

Aktiviti yang dibenarkan dihadkan kepada pemulihara­an, pendidikan dan ekopelanco­ngan.

Sulaman Wetland Sanctuary (SWS) merupakan nama pemasarann­ya. Selain itu, SWS kini menjadi habitat kepada Proboscis Monkey yang terancam Nasalis Larvatus, spesies hutan bakau yang jarang ditemui dan terancam – Bruguiera Hainesii dan kunang-kunang yang jarang – Pteroptyx Gelasina yang sangat unik dan jarang ditemui.

 ??  ?? TANAM BAKAU: Ketua Konservato­r Hutan Sabah Datuk Mashor Mohd Jaini (kiri) dan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjun­g Malaysia Dato’Mohd Ridza Awang diiringi oleh renjer kehormat menanam pokok bakau.
TANAM BAKAU: Ketua Konservato­r Hutan Sabah Datuk Mashor Mohd Jaini (kiri) dan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjun­g Malaysia Dato’Mohd Ridza Awang diiringi oleh renjer kehormat menanam pokok bakau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia