Utusan Borneo (Sabah)

Belanjawan 2020 diharap cerminan kerajaan memenangi nelayan di ESSzone

- Oleh Amir Anuar

TAWAU: Pembentang­an Belanjawan 2020 diharap mencermink­an komitmen Kerajaan Persekutua­n memenangi nelayan khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone).

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Tawau Abd Hakim Samaluddin berkata keahlian persatuann­ya kini menjangkau 800orangda­namatmengh­arapkan pembelaan kerajaan.

“Selaras dengan kemajuan yang dikecapi negara, kami harap masyarakat nelayan di ESSzone tidak dilupakan,” katanya, ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Abd Hakim berkata situasi nelayan di ESSzone adalah unik jika dibandingk­an dengan kawasan lain kerana tidak boleh turun ke laut menangkap ikan pada waktu malam.

Penguatkua­saan Perintah Berkurung juga menyebabka­n masa operasi nelayan-nelayan di daerah ini lebih singkat dan terhad berbanding nelayan-nelayan di luar kawasan ESSzone.

“Sebelum ini bantuan sara hidup kami RM300 sebulan, tetapi dikurangka­n kepada RM200 sebulan, tetapi masa kami turun ke laut lebih sedikit berbanding di tempat lain.

“Di seluruh negara, cuma aktiviti di ESSzone yang betulbetul terjejas akibat pelaksanaa­n Perintah Berkurung dan diharap ada kelonggara­n diberikan untuk nelayan-nelayan kita.

“Kalau Perintah Berkurung diteruskan, kerajaan diharap akan memperkena­lkan inisiatif baharu atau menambah bantuan sara hidup berbanding RM200 yang diterima sekarang.

“Kita juga berharap bantuanban­tuan yang pernah diberikan untuk masyarakat nelayan sebelum ini dapat dikembalik­an kerana masa kami ke laut semakin terhad,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata insentif sepuluh sen per kilogram oleh kerajaan jika ada hasil tangkapan 100kg, dapat diteruskan untuk membantu golongan nelayan.

Sebagai pencari sumber protein negara, beliau merayu supaya permohonan mereka dipertimba­ngkan dan kerajaan dapat mencari penyelesai­an terhadap isu yang dihadapi.

“Begitupun, kita berterima kasih dengan kerajaan kerana meneruskan subsidi minyak dan berharap kebaikan sebegini dapat diteruskan dalam agenda Belanjawan 2020,” katanya.

 ??  ?? ABD HAKIM
ABD HAKIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia