Utusan Borneo (Sabah)

PPK Kinabatang­an mohon dana tambahan bagi penanaman tanaman kontan

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kinabatang­an memohon agar kerajaan melalui pembentang­an Belanjawan 2020 akan memberi dana tambahan bagi penanaman tanaman kontan.

Pengerusin­ya Mahjur Salleh berkata peladang di kawasan itu sentiasa bersedia melakukan pembaharua­n dalam sektor pertanian dengan menukar tanaman kelapa sawit kepada tanaman kontan seperti cili, pisang dan sayur-sayuran.

Katanya, tanaman kontan seumpama mempunyai potensi untuk menjana pendapatan sampingan bagi peladang memandangk­an harga sawit pada masa kini agak rendah.

“Antara70hi­ngga80pera­tus daripada 3,000 peladang yang berdaftar dengan PPK Kinabatang­an mengusahak­an tanaman kelapa sawit.

“Dan, kita bersedia menjalanka­n aktiviti tanaman kontan bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada sawit yang ketika ini mengalami kejatuhan harga.

“Oleh itu, kita berharap Kementeria­n Kewangan akan memberi perhatian kepada perkara ini dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentang pada Jumaat ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mahjur turut meminta agar kerajaan memberi perhatian kepada pekebun kecil dengan mempertimb­ang pemberian skim bantuan penanaman semula kepada golongan berkenaan.

Jelasnya, sekiranya penanaman semula tidak dilakukan terutama melibatkan tanaman sawit yang sudah berusia lebih 20 tahun, produktivi­ti adalah kurang sekaligus menjejaska­n pendapatan pekebun kecil.

“Walaupun kerajaan memperkena­l skim pembiayaan bagi menggantik­an subsidi itu, namun tidak semua pekebun kecil layak untuk memohon kerana kebanyakan mereka berdepan masalah dokumentas­i yang tidak lengkap,” jelasnya.

PPK Kinabatang­an turut membangkit­kan beberapa isu lain yang perlu diberi perhatiano­lehkerajaa­nseperti penanaman tanaman kenaf serta penanaman tembikai kiub yang berpotensi untuk dibangunka­n di negeri ini.

 ??  ?? MAHJUR
MAHJUR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia