Utusan Borneo (Sabah)

PNK Lahad Datu harap Belanjawan 2020 bela kesengsara­an nelayan

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lahad Datu berharap agar Belanjawan 2020 yang akan dibentang 11 Oktober ini dapat membela kesengsara­an komuniti nelayan di sini.

Menurut Pengerusin­ya Eskin Barahim, lebih 1,000 ahliPNKdis­inimenghar­apkan agar kawalan keselamata­n dari Kawasan Keselamata­n Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui rondaan ditingkatk­an dengan efisien agar aktiviti nelayan yang mencari rezeki di laut terjamin.

“Kes-kes penceroboh­an yang masih berlaku berulang kali di perairan telah memberi kesan secara langsung pada aktiviti kami dan kami tidak mahu menjadi mangsa penjenayah itu.

“Namun, sebilangan kecil nelayan masih ke laut bertarung nyawa terutama ke kawasan pesisiran pantai demi mencari rezeki buat keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Eskin juga meminta agar penambahan elaun sara hidup nelayan dari RM200 ke satu jumlah yang berpatutan nilainya dengan kekangan ekonomi sekarang.

“Setidak-tidaknya naikkan ke nilai sebelum ini iaitu RM300 kerana pendapatan kami tidak tetap yang bergantung pada kekangan cuaca dan pematuhan amaran penguatkua­saan terutama demi kepentinga­n keselamata­n,” katanya.

Selain itu, beliau berharap pengekalan pada subsidi minyakpetr­oluntukkeg­unaan nelayan diteruskan kerana memberi manfaat kepada nelayan.

Seterusnya Eskin merayu agar bantuan baik pulih rumah nelayan diberikan kembali kerana ramai yang memerlukan­nya di sini.

 ??  ?? ESKIN
ESKIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia