Utusan Borneo (Sabah)

PNK Sandakan, Libaran harap kerajaan kekalkan insentif dan bahan api

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sandakan dan PNK Libaran berharap kerajaan pusat mengekalka­n pemberian insentif dan subsidi bahan api dalam Belanjawan 2020 yang dibentangk­an pada 11 Oktober ini.

Pengerusi PNK Sandakan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Sabah Shaiful Bahari Haji Muin berkata kerajaan perlu mengekalka­n pemberian insentif kerajaan untuk setiap nelayan, elaun bantuan sara hidup nelayan dan subsidi petrol serta diesel bagi kegunaan nelayan.

“Sekiranyai­nidimansuh­kan sudah tentu golongan nelayan akan berhadapan dengan cabaran meneruskan kelangsung­an hidup disamping bergelut kerana kekurangan hasil tangkapan di laut,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya pelbagai pemberian insentif dan subsidi bahan api yang disediakan kerajaan itu sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban mereka.

“Pihaknya bimbang dalam keadaan ekonomi tidak menentu pada masa sekarang, bantuan yang dinikmati nelayan dihapuskan atau dikurangka­n,” katanya.

Mengenai ura-ura Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dikeluarka­n dari negeri Sabah, Shaiful yang juga Ahli Lembaga Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) berharap perkara itu tidak berlaku kerana LKIM merupakan agensi yang banyak memainkan peranan serta membantu PNK dan golongan nelayan di negeri Sabah.

Manakala, Pengerusi PNK Libaran Abdul Said Pimping juga berharap agar kerajaan dapat meningkatk­an semula elaun bantuan sara hidup nelayan yang kini diturunkan RM200 dan tingkatkan subsidi bahan api.

“Kita juga mengharapk­an kepada kerajaan pusat ini meningkatk­an insentif menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk golongan nelayan termasuk jeti dan perumahan nelayan,” katanya.

Abdul Said berharap pembentang­an Belanjawan 2020 kali ini akan mengumumka­n bantuan untukmembe­riberitage­mbira kepada nelayan selaras untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

“Ini juga bagi menjamin kesinambun­gan golongan nelayan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau menegaskan memang sebelum ini ada bantuan kita dapat tetapi ia harus ditingkatk­an terutamany­a situasi sekarang ini ekoran kos untuk menangkap ikan semakin meningkat dan kita perlu mengeluark­an pembelanja­an untuk keluar lebih jauh.

 ??  ?? ABDUL SAID
ABDUL SAID
 ??  ?? SHAIFUL BAHARI
SHAIFUL BAHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia