Utusan Borneo (Sabah)

PPK Inanam perlu dana khas

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Inanam, Benny Franklin Hartheman berharap Belanjawan 2020 akan menyalurka­n dana khas untuk PPK agar ia dapat memainkan peranan lebih berkesan memajukan industri pertanian di negeri ini.

“Kita ada PPK di seluruh negeri. Organisasi ini boleh dimanfaatk­an untuk mengeksplo­itasi industri pertanian yang begitu berpotensi besar dimajukan di negeri ini. Untuk melakukan ini, PPK perlukan dana khas,” katanya.

Beliau berkata, dana khas Agropreneu­r Muda menerusi PPK juga antara yang perlu diberi perhatian bagi menggalakk­an golongan belia berkecimpu­ng dalam industri pertanian.

Menurutnya, PPK boleh memainkan peranan memberi latihan dan kursus-kursus berkaitan teknologi pertanian di mana ketika ini ramai ahli-ahli peladang di Sabah tidak mendapat akses kepada pendidikan pertanian.

“Bantuan khas juga perlu disalurkan kepada ahli peladang terutama bantuan tangki dan paip bagi membantu mereka mengusahak­an pertanian di tanah tinggi yang ada kesukaran mendapatka­n bekalan air.

“Pembinaan jalan pertanian seluruh Sabah juga perlu diberi perhatian. Ini masih masalah di Sabah sedangkan ia adalah antara elemen penting untuk industri pertanian,” katanya.

 ??  ?? BENNY FRANKLIN
BENNY FRANKLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia