Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan industri pertanian wajar diberi perhatian

Harapan peladang menjelang pembentang­an Belanjawan 2020

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Input pertanian dan kejenteraa­n ladang kepada penggiat industri antara bantuan yang diharap dapat diberi perhatian kerajaan dalam Belanjawan 2020.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah Anita Misuari berkata, bantuan untuk industri padi dan beras juga perlu diteruskan.

Menurutnya, pengusaha padi bukit juga seharusnya menerima peruntukan bagi membantu meningkatk­an hasil produktivi­ti padi bukit di negeri ini.

“Bagi Belanjawan 2020 ini, kerajaan boleh mempertimb­angkan insentif cukai atau pengecuali­an tarif bagi peralatan, bahan atau material yang terpaksa diimport.

“Bantuan seumpama ini penting untuk manfaat para pengusaha dan pemain industri yang menggunaka­n teknologi tinggi.

“Langkah ini bagi menggalakk­an lebih ramai pihak melabur dalam bidang pertanianm­odenbertek­nologi tinggi yang menggunaka­n teknologi atau sistem dari luar negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau berkata, bantuan dalam bentuk geran pemadanan (matching grant) untuk pemilikan jentera kecil bagi membajak sawah juga boleh dipertimba­ngkan.

Katanya, bantuan sedemikian dapat menggalakk­an lebih ramai penyedia perkhidmat­an membajak.

Selain itu jelasnya, golongan agroprenue­r muda juga perlu disediakan bantuan dalam bentuk pinjaman lembut (soft loan) dengan caj yang rendah.

Anita berkata, ia bagi menggalakk­an golongan agroprenue­r muda menceburka­n diri dalam sektor pengeluara­n makanan, industri hiliran dan pasaran atas talian (online).

Menurutnya, setakat ini terdapat kira-kira 76,000 ahli pertubuhan peladang yang berdaftar di seluruh Sabah.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Ekonomi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr. Rafiq Idris berkata, Belanjawan 2020 dirancang di bawah persekitar­an ekonomi global yang mencabar bagi kerajaan.

Katanya, keadaan ekonomi global bergerak perlahan selain berlakunya perang perdaganga­n di antara negara pemegang ekonomi besar dunia.

Sehubungan itu katanya, ia sesuatu yang mencabar kepada kerajaan kerana dalam masa sama perlu merancang untuk mengurangk­an beban hutang negara.

 ??  ?? RAFIQ
RAFIQ
 ??  ?? ANITA
ANITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia