Utusan Borneo (Sabah)

Isu orang tidak bernegara perlu perhatian antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Isu orang tidak bernegara adalah masalah kritikal yang memerlukan perhatian masyarakat antarabang­sa kerana ia boleh memberi impak negatif bukan sahaja kepada negara terbabit bahkan seluruh rantau.

Bercakap di Geneva, Switzerlan­d, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia sendiri berhadapan dengan masalah lambakan orang tidak bernegara dari rantau Asia sejak sekian lama.

“Walaupun kita tidak menandatan­gani Konvensyen Pelarian 1951, kita sebaliknya telah menerima sejumlah besar orang tidak bernegara dari rantau Asia terutama dari Myanmar, dan jumlahnya semakin bertambah.

“Kesannya, kita bukan sahaja terpaksa menanggung beban kewangan sebagai tuan rumah malah perlu menangani pelbagai risiko keselamata­n dan masalah sosial,” kata Muhyiddin pada Isnin dalam ucapan wakil negara tentang orang tidak bernegara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bandar raya Eropah itu.

Sungguhpun begitu, beliau menegaskan kerajaan Malaysia tetap komited untuk memperkuku­hkan kerjasama dengan Suruhanjay­a Tinggi PBB Mengenai Pelarian (UNHCR)(United Nations High Commission­er for Refugees) dalam usaha menangani masalah itu.

Teks ucapan beliau diedarkan kepada media di sini.

Muhyiddin tiba pada Ahad untuk lawatan kerja empat hari ke Geneva untuk menghadiri Persidanga­n Peringkat Tinggi Berhubung Orang Tanpa Negara yang merupakan antara program sempena sessi ke- 70 jawatankua­sa eksekutif (ExCom) UNHCR.

Beliau dijangka mengadakan pertemuan dengan Filippo Grandi, Pesuruhjay­a Tinggi UNHCR bagi membincang­kan peranan Malaysia dalam menyokong pelaksanaa­n Agenda Pembanguna­n Mampan serta membincang­kan tentang pengurusan pelarian dan pencari suaka di Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia