Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Kesihatan tidak rancang tutup Klinik Desa

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) tidak merancang untuk menutup mana-mana klinik di desa walaupun jumlah lawatan pesakit kurang, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

“Sekiranya kurang pesakit, kita akan kaji supaya pesakit pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan tetapi klinik desa tidak akan ditutup.

“KKM sendiri merancang menambah jumlah hospital di kawasan luar bandar seperti Hospital Petra Jaya (dibangunka­n), hospital di Sri Aman dan Lawas di Sarawak (hospital gantian),” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) sama ada benar KKM akan menutup klinik desa akibat kadar lawatan pesakit kurang di kawasan pedalaman.

Dr Lee berkata selain klinik dan hospital, KKM juga sedang menambah baik fasiliti di kawasan pedalaman di Sarawak dan Sabah melalui penggunaan klinik bergerak, bot, kenderaan pacuan empat roda atau helikopter di Sarawak.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) mengenai langkah dan usaha dilakukan oleh KKM dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di wad hospital kerajaan, Dr Lee berkata lima langkah inisiatif telah diambil pihaknya.

Ia melibatkan pelaksanaa­n Inisiatif Hospital Kluster, mewujudkan Bed Management Unit (BMU), Pewujudan Discharge Lounge dan pembanguna­n hospital baharu serta hospital gantian.

Katanya selain itu, ia juga membabitka­n Perkhidmat­an Rawatan Harian (PRH) iaitu perkhidmat­an klinikal dijadualka­n dan disempurna­kan dalam hari yang sama.

“Kajian menunjukka­n prosedur pembedahan yang dijalankan secara rawatan harian telah mengurangk­an jumlah kemasukan pesakit di wad pembedahan sebagai pesakit dalam sebanyak 28.2 peratus.

“Bagi inisiatif Bed Management Unit (BMU), ia dapat merancang kemasukan pesakit secara elektif serta memastikan pesakit yang memerlukan katil dapat diutamakan dengan cepat. Setakat ini, Projek rintis BMU ini telah dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Dr Lee berkata Hospital Kluster yang merupakan antara hospital berpakar dengan hospital tanpa pakar pula membolehka­n pesakit luar bandar menerima rawatan kepakaran tanpa perlu dirujuk ke hospital berpakar dan menunggu lebih lama untuk dilihat oleh doktor pakar.

“Pewujudan Discharge Lounge di hospital pula adalah bagi menempatka­n pesakit yang boleh di discaj agar katil dapat dikosongka­n dengan cepat untuk kegunaan pesakit yang seterusnya juga antara inisiatif bagi mengurangk­an kesesakan di hospital,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia