Utusan Borneo (Sabah)

Program Subsidi Petrol bantuan tepat untuk golongan B40: Dr M

-

KUALA LUMPUR: Pemberian subsidi minyak melalui Program Subsidi Petrol (PSP) adalah langkah tepat oleh kerajaan dalam memberikan bantuan hanya kepada golongan B40 sahaja, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ia bagi mengelakka­n golongan yang tidak sepatutnya daripada menikmati subsidi minyak daripada kerajaan.

“Kita dapati setelah dikaji, ada mereka yang memiliki enam kereta yang mendapat nikmat subsidi minyak sebab itu kita beri cuma untuk satu kereta sahaja daripada golongan B40.

“Kita tidak boleh bagi subsidi kepada orang kaya dan kita lihat subsidi lama yang guna kereta mewah seperti Rolls-Royce pun dapat subsidi.

“Ini adalah bantuan tepat kepada mereka yang memerlukan bantuan, bukan mereka yang ada kereta mewah pun dapat subsidi minyak daripada kerajaan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini semalam.

Dr Mahathir mengulas pengumuman Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kelmarin bahawa PSP yang dilaksanak­an mulai 1 Januari 2020 bakal meringanka­n beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berkendera­an di Semenanjun­g Malaysia.

Subsidi RM30 sebulan akan diberi kepada pemilik kereta 1600cc dan ke bawah dan bagi kereta melebihi 1600cc, ia berumur 10 tahun dan ke atas manakala RM12 sebulan bagi pemilik motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun dan ke atas. Ia akan diberi secara tunai dan dikreditka­n terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali.

RON95 akan diapungkan di Semenanjun­g Malaysia bagi bukan penerima BSH di Semenanjun­g Malaysia dan harga kekal pada RM2.08 seliter di Sabah, Sarawak dan Labuan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Dr Mahathir menjawab soalan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke- 14 di Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (kiri).
— Gambar Bernama JAWAB: Dr Mahathir menjawab soalan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke- 14 di Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia