Utusan Borneo (Sabah)

Tabung Bantuan Bencana Negara selaraskan sumbangan

Menyelaras dengan telus bantuan yang disumbang pelbagai pihak

-

CYBERJAYA: Kerajaan bersetuju menubuhkan Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) untuk menggalakk­an orang ramai bersama membantu dalam pengurusan bencana, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata tabung yang dikendalik­an Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu akan dapat membantu kerajaan menyelaras bantuan yang disumbangk­an secara telus oleh pelbagai pihak termasuk orang perseorang­an.

Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi NADMA berkata pada masa ini, sumbangan bantuan bencana dikendalik­an oleh pelbagai pihak dan tiada penyelaras­an dibuat.

“Kerajaan ingin menyebarlu­askan kewujudan tabung ini bagi menggalakk­an sumbangan pihak swasta, badan sukarela serta orang perseorang­an atas prinsip pengurusan bencana negara adalah tanggungja­wab bersama,” katanya ketika merasmikan Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2019, di sini semalam.

Dr Wan Azizah berkata sumbangan akan dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) dan penggunaan sumbangan daripada kempen itu akan digunakan selaras dengan tujuan yang dinyatakan oleh Surat Ikatan Amanah KWABBN.

Beliau berkata seperti yang ditekankan dalam Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030, penguranga­n risiko bencana adalah tanggungja­wab yang perlu dikongsi bersama bukan sahaja kerajaan malah turut melibatkan semua pihak termasuk komuniti.

Dr Wan Azizah berkata kesiapsiag­aan masyarakat amat penting untuk diterapkan ke dalam masyarakat supaya menjadi satu budaya dan juga penting untuk masyarakat memahami risiko bencana di persekitar­an mereka supaya boleh merancang langkah kesiapsiag­aan.

Beliau berkata budaya kesiapsiag­aan dalam kalangan rakyat perlu melibatkan kerjasama bersepadu semua agensi kerajaan daripada peringkat pusat, negeri dan daerah, beserta pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk orang perseorang­an.

Contoh kesiapsiag­aan masyarakat ialah merancang pelan kecemasan bencana untuk keluarga dan komuniti serta mengemas kini profil komuniti setempat terutamany­a profil golongan rentan seperti warga emas, orang kelainan upaya dan kanakkanak, katanya.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan koordinasi dan penyelaras­an pengurusan bencana dapat diuruskan dengan lebih cekap dan efisien supaya mangsa bencana mendapat perlindung­an serta bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak.

Beliau berkata walaupun Malaysia tidak terdedah kepada bencana alam seburuk negara jiran, tetapi perubahan iklim tidak boleh membuatkan orang ramai merasa terlalu selesa atau leka seperti dahulu.

Beliau berkata menyedari kepentinga­n aplikasi sains dan teknologi sebagai antara keperluan dalam pengurusan bencana, NADMA telah mengambil inisiatif untuk melantik pakar dalam bidang berkenaan daripada swasta dan awam untuk menjadi penasihat kepada agensi itu.

Justeru, Dr Wan Azizah berkata penubuhan Science and Technology Expert Panel (STEP) diharap dapat membantu kerajaan membuat keputusan berdasarka­n fakta dan bukti. — Bernama

Kerajaan ingin menyebarlu­askan kewujudan tabung ini bagi menggalakk­an sumbangan pihak swasta, badan sukarela serta orang perseorang­an atas prinsip pengurusan bencana negara adalah tanggungja­wab bersama. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Dr Wan Azizah diiringi Ketua Pengarah Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman (kiri) melawat pameran selepas majlis pelancaran Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) dan Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2019 yang bertemakan ‘Kesiapsiag­aan Bencana, Tanggungja­wab Bersama’ di ibu pejabat NADMA dekat Puchong, semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Dr Wan Azizah diiringi Ketua Pengarah Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman (kiri) melawat pameran selepas majlis pelancaran Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) dan Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2019 yang bertemakan ‘Kesiapsiag­aan Bencana, Tanggungja­wab Bersama’ di ibu pejabat NADMA dekat Puchong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia