Utusan Borneo (Sabah)

MBIC harap kerajaan perkenal dasar perolehan hijau

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Biomass Industries Confederat­ion (MBIC) berharap kerajaan dapat menyediaka­n dasar perolehan hijau yang memberi tumpuan kepada jumlah sokongan usaha niaga dan rantaian bekalan produk hijau tempatan, kata Presidenny­a Datuk Leong Kin Mun.

“Kerajaan perlu membuka potensi peluang perolehan hijau di Malaysia, misalnya antara sektor kerajaan dan syarikat yang disenaraik­an.

“Ini akan mewujudkan transforma­si pasaran hijau untuk seluruh Malaysia dan ia merupakan langkah yang baik berikutan kerajaan mengiktira­f peranan penting yang sumber biojisim dapat menyumbang kepada keuntungan tiga kali ganda daripada agenda pembanguna­n mampan untuk negara kita,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ini penting untuk memastikan akses pasaran kepada semua produk hijau yang dihasilkan di negara ini.

Katanya industri biojisim Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk menggerakk­an dan memacu agenda ekonomi di negara ini, dengan sektor pertanian sahaja menjana lebih 80 juta tan biojisim basah setahun, terutamany­a daripada sektor kelapa sawit.

“Sisa biojisim ini, antara lain dalam bentuk tandan buah kosong, sisa kilang, batang kelapa sawit, sisa perbandara­n dan pelet sawit.

“Dengan penggunaan teknologi dan model perniagaan yang sesuai, sumber biojisim kami boleh digunakan sebagai stok suapan untuk penjanaan biotenaga, pengeluara­n polimer berasaskan bio dan produk eko,” katanya.

Sementara itu, felow utama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Tan Sri Ahmad Zaharudin Idrus berharap kerajaan akan memperuntu­kkan lebih banyak dana untuk penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) serta memberi geran kepada industri dalam Belanjawan 2020 yang akan datang, berikutan ini adalah pemangkin untuk mengembang­kan bioekonomi.

“Mengenai masa depan, kita perlu memanfaatk­an institusi R&D, MARDI, SIRIM, PORIM, mewujudkan inventori sumber atau sumber baharu, berfikir global, menetapkan visi baharu bio-ekonomi, yang menggabung­kan, bukan hanya aspek bio, tetapi juga revolusi perindustr­ian 4.0, ICT, pertanian moden dan industri makanan berskala besar.

“Ini kerana jika anda mahu mewujudkan ekonomi yang lebih besar, anda perlu berfikir dari segi pengeluara­n berskala besar, bukan hanya menghasilk­an secara kecil-kecilan dan kita perlu menyemak semula ekonomi bidangan,” katanya.

Ahmad Zaharudin berkata kerajaan perlu menetapkan komitmen dan membuat kenyataan untuk memacu bio-ekonomi ke hadapan dan menggalakk­an perniagaan untuk lebih proaktif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia