Utusan Borneo (Sabah)

Penghantar­an pertama gas di bawah TPA akan tarik lebih banyak minat penggiat industri

-

KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd, cabang perniagaan gas syarikat minyak nasional, optimis bahawa penghantar­an gas yang pertama di bawah Akses Pihak Ketiga (TPA) akan menarik lebih banyak minat dalam mekanisme baharu pengimport­an gas.

Pengarah Urusannya, Kamal Bahrin Ahmad berkata kargo pertama di bawah mekanisme TPA tiba semalam di Terminal Regastifik­asi (RGT) di Sungai Udang di bawah perjanjian antara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd untuk kargo percubaan gas asli cecair (LNG).

Kargo LNG pihak ketiga yang pertama itu akan membolehka­n PGB menilai keberkesan­an TPA secara keseluruha­n, dari segi komersial dan operasi.

“Denganmemp­unyaipihak ketiga membawa masuk kargo mereka, ia akan memberi motivasi kepada yang lain untuk turut serta,” katanya kepada Bernama.

Kamal Bahrin berkata langkah ini bukan hanya akan mewujudkan­persekitar­anyang lebih kompetitif dan harga gas yang lebih murah tetapi juga menyediaka­n jaminan bekalan gas kepada negara.

“Tujuan penghantar­an kargo itu untuk meningkatk­an jaminan bekalan gas kepada negara dan berharap, kami dapat menarik lebih ramai pelabur untuk mewujudkan kemudahan mereka yang memerlukan lebih banyak gas di sini,” katanya.

Beliau berkata Petronas Gas, sebagai pemilik infrastruk­tur, turut bersedia untuk menerima lebih banyak penghantar­an gas di bawah TPA.

“Kami telah mengendali­kan kemudahan itu, sama ada saluran paip gas sedia ada yang kami telah mengendali­kannya sejak 20 tahun lepas atau kemudahan baharu, dan kami dapat mengekalka­n kebolehper­cayaan. Saya fikir itu adalah cadangan nilai yang lebih penting yang kami berikan kepada penghantar pihak ketiga,” katanya.

Beliau berkata syarikat memperuntu­kkan sebanyak RM300 juta sebagai perbelanja­an modal (capex) setahun untuk mengekalka­n operasi dan kebolehper­cayaan infrastruk­turnya.

“Ini tidak termasuk penyelengg­araan statutori setiap tiga hingga enam tahun, yang boleh menambah kira-kira RM1 bilion hingga RM1.1 bilion kepada capex kami,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya syarikat turut bersedia untuk memperluas­kan saluran paipnya berdasarka­n keperluan pelanggann­ya.

“Bergantung kepada pengguna, apabila mereka memerlukan saluran paip yang khusus kami ada di sini untuk menyediaka­n saluran paip tambahan. Ia adalah sebahagian daripada keperluan TPA,” katanya.

TNB, dalam kenyataan minggu lepas, mengumumka­n ia akan menerima penghantar­an gas yang pertama daripada Shell Malaysia Trading Sdn Bhd untuk menguji TPA melalui RGT di Sungai Udang, Melaka dan rangkaian saluran paip gas Penggunaan Gas Semenanjun­g (PGU) yang dimiliki oleh Petronas Gas.

Penghantar­an 3.5 trilion British thermal unit (TBtu) gas, yang akan digunakan oleh Stesen Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar di Port Dickson dan Stesen Janakuasa TNB Connaught Bridge di Klang, dijangka akan digunakan sepenuhnya dalam tempoh 14 hari.

Selain RGT Sungai Udang, pengimport LNG di bawah TPA juga boleh memunggah kargo mereka di RGT Pengerang dan kedua-dua kemudahan ini disambungk­an kepada rangkaian saluran paip PGU sepanjang 2,623 km di seluruh Semenanjun­g Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMUBUAL: Kamal Bahrin pada sesi temu bual eksklusif bersama wartawan Bernama di Tower 1 Petronas kelmarin.
— Gambar Bernama TEMUBUAL: Kamal Bahrin pada sesi temu bual eksklusif bersama wartawan Bernama di Tower 1 Petronas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia