Utusan Borneo (Sabah)

Rang undang-undang pencegahan jenayah kewangan dibentang di parlimen

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam membentang­kan Rang Undang-Undang (RUU) Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 di Parlimen bagi tujuan menubuhkan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.

RUU itu dibentangk­an untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) DatukLiewV­uiKeong,dihadapan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Yusof.

Perbahasan RUU itu untuk bacaankali­keduadiben­tangkan pada sesi persidanga­n kali ini, berlangsun­g sehingga 5 Dis.

RUU tersebut menyatakan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional tersebut mempunyai fungsi melaksanak­an aktiviti berkaitan dengan pencegahan jenayah kewangan.

Pusat itu akan menyelaras dan bekerjasam­a dalam operasi bersepadu dengan agensi penguatkua­sa dalam perkara berhubung dengan jenayah kewangan dan menasihati agensi penguat kuasa dalam perkara berkaitan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia