Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 300 ditahan semasa protes alam sekitar di London

-

LONDON: Hampir 300 orang ditahan di pusat bandar London pada hari pertama protes besar-besaran oleh pencipta alam sekitar yang menuntut kerajaan melakukan lebih banyak usaha untuk mengatasi isu perubahan iklim, lapor agensi berita China Xinhua.

Sehingga jam 9.30 malam (waktu tempatan) kelmarin, Polis Metropolit­an berkata 280 tangkapan telah dibuat.

Antara yang ditahan ialah Sarah Lasenby, 81, pekerja sosial dari Oxford.

Penunjuk perasaan berkata, protes yang dikenali ‘Extinction Rebellion’ itu akan diadakan selama dua minggu.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson kelmarin mengarahka­n polis London “menguatkua­sakan sepenuhnya undang-undang” terhadap kumpulan penunjuk perasaan itu.

Penunjuk perasaan berikrar mengadakan halangan “di setiap jalan” menuju ke Westminste­r, London sebagai sebahagian usaha peringkat global mereka untuk mengetenga­hkan isu perubahan iklim.

Mereka mendakwa protes kali ini lima kali lebih besar berbanding demonstras­i pada April lalu.

Selain itu, aktivis alam sekitar turut mengadakan protes di bandar seperti Berlin, Amsterdam dan Sydney. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? TANGKAP: Pegawai polis menangkap penunjuk perasaan semasa protes ‘Extinction Rebellion’ di London, Britain kelmarin.
— Gambar Reuters TANGKAP: Pegawai polis menangkap penunjuk perasaan semasa protes ‘Extinction Rebellion’ di London, Britain kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia