Utusan Borneo (Sabah)

Dua tentera terbunuh, lima cedera dalam serangan ‘pengganas’ di Niger

-

NIAMEY: Dua anggota tentera terbunuh dan lima lagi tercedera dalam serangan “pengganas” di barat daya Niger, sebuah wilayah yang sehingga baru-baru ini telah terlepas daripada serangan oleh pejuang jihad, kata kementeria­n dalam negeri kelmarin.

“Satu detasmen pasukan tentera dan keselamata­n (FDS) telah bertempur pada Ahad lepas dengan pengganas yang lengkap bersenjata di sebuah lembah berhampira­n Dogon Kiria,” kata kenyataan dari kementeria­n tersebut.

“Selepas pertempura­n sengit, pihak musuh berjaya diundurkan,” jelasnya, meninggalk­an dua anggota tentera terkorban dan lima lagi tercedera, sementara kematian di pihak “musuh” masih belum diketahui.

Ia merupakan serangan kedua sebegitu di wilayah Dogondoutc­hi yang sehingga sekarang terlepas daripada serangan oleh kumpulan pejuang jihad bersenjata.

Pada Februari, dua tentera upahan dan seorang warga awam terbunuh dalam serangan oleh tentera bersenjata di Bagaji, sebuah kampung di wilayah tersebut.

Dogondoutc­hi terletak berhampira­n dengan Nigeria namun beberapa ratus kilometer dari mana pejuang jihad Boko Haram telah melakukan penceroboh­an berbahaya di wilayah Niger di tenggara Diffa.

Selain itu, Dogondoutc­hi juga terletak berhampira­n dengan wilayah Tahoua di Niger di mana beberapa kawasan yang bersempada­n dengan Mali telah berada di bawah perintah darurat akibat serangan.

Presiden Niger Mahamadou Issoufou telah menyeru kepada pihak Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar datang membantu negara itu.

Namun kehadiran pasukan tentera Perancis, Amerika Syarikat dan Jerman di Niger termasuk pasukan tentera PBB di negara jiran Mali telah gagal menghalang serangan yang semakinmen­ingkat.—AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia