Utusan Borneo (Sabah)

Tentera pengaman PBB keempat mati selepas nahas helikopter di CAR

-

BANGUI: Anggota tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang keempat dari Senegal telah meninggal dunia selepas dia tercedera dalam nahas helikopter perang di Republik Afrika Tengah (CAR) pada dua minggu lepas, kata PBB kelmarin.

Tiga kru Senegal yang lain terbunuh apabila helikopter buatan Rusia itu terhempas pada 17 September di Bouar, di barat CAR, semasa satu operasi PBB.

Kapten itu dari Senegal, mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan, meninggal dunia akibat kecederaan­nya pada 6 Oktober, kata Mankeur Ndiaye, ketua bagi misi PBB dikenali sebagai MINUSCA, di Twitter.

Kru helikopter itu merupakan sebahagian daripada satu operasi tentera terhadap militia 3R, salah satu daripada beberapa kumpulan bersenjata Afrika Tengah, jelas pegawai PBB.

Kumpulan militia itu juga di kalangan 14 yang menandatan­gani satu cubaan perjanjian damai kelapan dengan kerajaan Afrika Tengah pada tahun ini, namun pihak militia telah sering kali melanggar perjanjian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia