Utusan Borneo (Sabah)

Trak curi rempuh beberapa kereta di Jerman, 16 cedera

Pemandu trak turut cedera dan ditahan, motif serangan masih disiasat: Polis

-

BERLIN: Sebuah trak curi merempuh beberapa kereta di bandar Limburg di tengah Jerman kelmarin menyebabka­n beberapa orang tercedera, kata polis, sambil menambah bahawa pemandu trak itu telah ditahan.

“Berdasarka­n apa yang kami ketahui dan menurut keterangan beberapa saksi, lelaki itu merampas kawalan ke atas trak pada jam 5.20 petang waktu tempatan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Tidak lama kemudian, trak itu merempuh beberapa kereta yang berhenti di lampu isyarat berhampira­n dengan stesen kereta api utama Limburg di negeri Hesse, “turut merosakkan­nya”.

“Beberapa orang sedang menerima rawatan di hospital” dan pemandu, yang berada dalam tahanan, mengalami kecederaan ringan, tambah polis.

Agensi berita Jerman DPA memetik polis wilayah menyatakan jumlah yang tercedera seramai 16 orang termasuk seorang yang berada dalam keadaan kritikal.

Polis berkata, ia masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai satu motif.

“Buat masa sekarang kami tidak mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai apa yang berlaku di sebaliknya,” jelas mereka.

“Siasatan, termasuk menyoal siasat saksi dan mengumpul bukti, sedang dijalankan.”

Polis telah melakukan pengerahan anggotanya dan beberapa kenderaan, bersama sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara di bandar yang mempunyai seramai 35,000 penduduk, kira-kira sejam pemanduan dari ibu negeri kewangan Frankfurt.

Mereka menggesa pengguna media sosial agar tidak membuat sebarang kesimpulan berkenaan dengan motif.

“Kami tidak mengesampi­ngkan apa pun,” jurucakap pasukan polis negeri dipetik oleh DPA sebagai berkata.

“Namun kami menyeru kepada anda, jangan terlibat dalam spekulasi!” polis wilayah menulis dalam beberapa kenyataan Twitter.

Akhbar Frankfurte­r Neue Presse (FNP) memetik pemandu trak yang sepatutnya, yang tidak dinyatakan namanya, sebagai berkata: “Seorang lelaki telah mengheret saya keluar dari lori.”

Beliau menyatakan lelaki itu, berusia dalam lingkungan 30-an mempunyai rambut pendek gelap dan berjambang, telah membuka pintu bahagian pemandu dengan mengejut dan memandang dia dengan tajam sebelum memaksanya keluar dari kenderaan tersebut.

“Saya menanyakan dia, ‘Apa yang awak mahu daripada saya?’,” beliau memberitah­u FNP. “Dia tidak menjawab langsung.”

Akhbar memetik saksi sebagai berkata, trak itu kemudian memecut ke arah beberapa kereta yang diparkir sebelum tiba di satu perhentian beberapa meter dari lampu isyarat.

Ketika lelaki yang memandu trak putih itu muncul dari kemalangan, beberapa orang awam memberikan bantuan kecemasan, lapor FNP.

“Orang awam berkata pemandu tersebut menyebut ‘Allah’ beberapa kali” dan bercakap dalam bahasa Arab, lapor FNP. Pihak polis tidak mengesahka­n keterangan ini.

Bettina Yeisley dari Limburg, yang mana pejabatnya betul-betul bersebelah­an dengan tempat kejadian nahas, memberitah­u FNP bahawa beliau mendengar bunyi yang sangat kuat dan berlari keluar ke arah jalan raya bersama dengan rakan sekerja.

Mereka menemui lelaki itu duduk di bawah sebatang pokok tanpa mengetahui bahawa dia telah memandu.

“Dia mengalami pendarahan dari hidung, tangannya turut berdarah, seluarnya koyak. Dia menyatakan semuanya sakit. Saya menanyakan nama dia dan dia menjawab, ‘Nama saya Mohammed’.”

Jerman telah berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas beberapa serangan jihad dalam beberapa tahun kebelakang­an ini yang diakui oleh militan Daesh (IS).

Serangan yang paling teruk dilakukan pada 2016 oleh seorang rakyat Tunisia berusia 23 tahun, Anis Amri, yang membunuh 12 orang apabila dia mencuri sebuah trak dan merempuh pasar Krismas di Berlin.

Pejabat bagi Perlindung­an Perlembaga­an, badan pemerhati keselamata­n domestik Jerman, memberikan amaran pada April mengenai peningkata­n risiko oleh pejuang IS yang kembali dari Syria dan utara Iraq.

Pengarahny­a Thomas Haldenwang menyatakan bahawa dianggarka­n 2,240 orang Islamis dengan “potensi sebagai pengganas” menetap di Jerman.

Pada Khamis lepas di negara jiran Perancis, seorang mualaf yang dilaporkan telah mula mengamalka­n kepercayaa­n yang semakin radikal menikam mati empat rakan sekerja di balai polis Paris. — AFP

 ?? — Gambar Sascha Ditscher/dpa/AFP ?? REMUK: Seorang pegawai polis dilihat mengambil gambar sebuah trak curi yang merempuh beberapa kereta di lampu isyarat di bandar Limburg, tengah Jerman kelmarin.
— Gambar Sascha Ditscher/dpa/AFP REMUK: Seorang pegawai polis dilihat mengambil gambar sebuah trak curi yang merempuh beberapa kereta di lampu isyarat di bandar Limburg, tengah Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia