Utusan Borneo (Sabah)

Korea Selatan gesa Dana Iklim Hijau ditambah baik

-

SEJONG: Korea Selatan semalam menggesa Dana Iklim Hijau (GCF) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditambah baik untuk menangani perubahan iklim dengan lebih berkesan, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Dana yang dilancarka­n pada 2010 bertujuan menyalurka­n sumbangan negara maju ke negara membangun bagi membantu menangani masalah berkaitan perubahan iklim.

Setakat ini dana itu telah menerima AS$7 bilion daripada kira-kira 40 negara, termasuk Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Korea Selatan menyumbang AS$100 juta.

“Memperkasa­kan semula dana itu sangat penting,” kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Antarabang­sa di Kementeria­n Ekonomi dan Kewangan Kim Hoe Jeong semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia