Utusan Borneo (Sabah)

Turki siap sedia lancar operasi wujud zon keselamata­n di Syria

-

ANKARA: Turki siap sedia untuk melancarka­n operasi ketenteraa­n di timur Sungai Euphrates di Syria bagi mewujudkan zon keselamata­n, lapor agensi berita Turki Anadolu, memetik Kementeria­n Pertahanan semalam.

“Penubuhan Zon Keselamata­n/Koridor Selamat penting bagi rakyat Syria untuk memiliki kehidupan yang selamat dengan menyumbang kepada kestabilan dan keamanan di rantau kita,” kata kementeria­n itu di Twitter.

“Tentera Turki tidak akan berkrompro­mi dengan tindakan keganasan di sempadan kami. Semua persediaan untuk menjalanka­n operasi itu telah siap,” tambah kenyataan itu.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berdepan tekanan selepas Rumah Putih pada Ahad lalu mengumumka­n bahawa AS akan menarik balik pasukannya di Syria menjelang operasi “jangka panjang” Turki itu.

Pentadbira­n Trump menafikan AS menyokong operasi itu.

Trump berkata dan memberi amaran, “jika Turki melakukann­ya, saya akan benar-benar memusnahka­n dan menghapusk­an ekonomi Turki.”

Turki telah sekian lama meminta AS bekerjasam­a dengannya dalam memerangi militan Daesh (IS).

Sejak 2016, operasi Perisai Euphrates Turki dan Cawangan Olive di barat laut Syria berjaya membebaska­n wilayah itu daripada cengkaman keganasan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Unit Perlindung­an Rakyat (YPG) serta Daesh, membolehka­n 400,000 rakyat Syria yang melarikan diri dapat pulang semula ke rumah mereka.

Dalam kempen keganasan lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK – disenaraik­an sebagai organisasi pengganas oleh Turki, AS dan Kesatuan Eropah – bertanggun­gjawab menyebabka­n kematian 40,000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi. YPG pula di bawah organisasi PKK, cawangan Syria. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia