Utusan Borneo (Sabah)

TV2 siar filem Hindi klasik ‘Haathi Mere Saathi’

-

BILA sahaja menyebut tajuk filem ‘Haathi Mere Saathi’ pastinya anda dapat membayangk­an filem klasik Hindustan yang jalan ceritanya memberikan inspirasi hubungan jujur dan erat antara seorang pemuda dengan gajah peliharaan­nya yang disulami dengan drama air mata. Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggamit kenangan filem popular tahun 1971 lakonan Sujit Kumar, Tanuja, David dan Rajesh Khanna ini dengan menyiarkan­nya mengisi slot Bollygood di TV2 pada jam 9.30 malam ini (9 Oktober). Filem arahan M. A. Thirumugam ini menonjolka­n kasih sayang seorang lelaki terhadap beberapa ekor gajah yang dibela olehnya sejak kecil dan bagaimana dia menghadapi beberapa halangan dan masalah untuk memelihara­nya. Imbas kembali kisah seorang lelaki bernama Raju dan empat ekor gajah yang menjadi temannya. Raju sangat menyayangi empat ekor gajah yang menyelamat­kan dia dari serangan seekor harimau kumbang semasa dia kecil. Selepas berkahwin, isteri Raju yang bernama Tanu, tidak suka pada binatang-binatang itu dengan alasan bahawa suatu hari nanti anak mereka akan dibunuh oleh salah satu daripada gajah tersebut. Oleh kerana itu, beliau memaksa suaminya membuat pilihan di antara gajah ataupun keluarga mereka. Apabila Raju enggan membuat keputusan, isteri Raju meninggalk­an beliau dan tinggal bersama bapanya. Seterusnya, Ramu, gajah kesayangan Raja, pergi memujuk Tanu untuk kembali ke rumah suaminya dan dalam pada itu dia juga berjaya menyelamat­kan anak Tanu dari diserang oleh seekor ular. Insiden ini membuat isteri Raju menukar persepsi buruknya terhadap haiwan itu. Begitu pun, bahagia yang dirasai oleh Raju kerana dapat bersamasam­a dengan isteri dan Ramu tidak lama kerana satu hari Ramu telah ditembak mati oleh seorang musuh Raju dalam insiden pertempura­n yang tidak disangka. Saksikan babak-babak penuh air mata yang diselang-selikan lagu-lagu menggamit kenangan ini hanya di TV2.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia