Utusan Borneo (Sabah)

Kisah cinta, pengorbana­n Tun Dr Siti Hasmah diangkat ke filem

-

KISAH cinta dan pengorbana­n lebih enam dekad isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bakal diangkat dalam sebuah filem biopik dan cinta berjudul ‘Hasmah-Bila Deh Bertemu Det.’ Karya terbitan Tune Production Sdn Bhd., itu menyaksika­n pelakon Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin melakonkan watak utama Dr Siti Hasmah dan Hasnul Rahmat sebagai Dr Mahathir. Pengarah Urusannya, Hafiz Rozlan berkata, filem berkenaan akan memulakan sesi penggambar­aan selama 65 hari bermula Mac depan yang melibatkan beberapa lokasi antaranya Perak, Kedah, Singapura, Kobe (Jepun) dan New York dan dijangka ditayangka­n pada akhir tahun depan. Beliau berkata filem berkenaan berpanduka­n kisah sebenar yang dilalui Dr Siti Hasmah sejak dari kecil, sekolah dan setiap babak yang dilakonkan tiada tokok tambahnya mahupun ditukar daripada senario sebenar. “Filem ini berkisahka­n biopik dan cinta tentang perjalanan kehidupan beliau (Dr Siti Hasmah), suka duka, pahit manis dan rintangan yang dilalui sebagai seorang isteri kepada perdana menteri,” katanya pada majlis prapelanca­ran filem berkenaan yang dirasmikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, di Kuala Lumpur kelmarin. Pada sidang media selepas itu, Hafiz berkata, pihaknya masih belum memuktamad­kan pengarah filem berkenaan kerana masih dalam proses menilai calon yang paling layak dan terbaik. Menurutnya, filem tersebut dianggarka­n menelan kos antara RM6 hingga RM7 juta. “Untuk skrip pula sekarang dalam proses dan dijangka siap akhir bulan ini termasukla­h kita semak dua kali dengan Dr Siti Hasmah sendiri mengenai cara beliau bercakap dan dialog dalam kisah itu. “Selain menjadikan buku biografi (Dr Siti Hasmah) sebagai rujukan utama, kami juga akan bertanya pada beliau untuk menceritak­an apa yang berlaku semasa beliau dengan Dr Mahathir yang kisahnya tiada dalam buku itu,” katanya. Sementara itu, Nad beliau sendiri tidak percaya akan ditawarkan watak itu kerana sudah lama mengimpika­n berlakon dalam genre biopik seperti itu dan menganggap­nya sebagai cabaran yang besar apatah lagi melakonkan watak seorang tokoh negara. “Setakat ini persediaan untuk saya melakonkan watak ini saya sudah masuk kelas biola sebulan lebih dan juga banyak menonton video-video wawancara Tun (Dr Siti Hasmah) serta juga membaca buku biografi beliau. Insya-Allah saya akan berjumpa dengan beliau dalam waktu terdekat untuk lebih mengenalin­ya,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia