Utusan Borneo (Sabah)

Video muzik ‘Pengidup Aku’ jadi penanda aras baru muzik Iban

-

KUCHING: Muzik video terbaru artis popular Melissa Francis ‘Pengidup Aku’ telah menjadi penanda aras baru bagi industri muzik Iban di Sarawak. Lagu tersebut telah dilancarka­n pada bulan Disember tahun lalu dalam album terbarunya dengan tajuk yang sama. Video muzik tersebut mengisahka­n seorang ibu dan penyanyi, dilakonkan oleh Melissa sendiri, yang berjaya dalam kerjaya namun ditinggalk­an oleh suaminya. Kisah ini memaparkan kasih sayang, keberanian dan kecekalan seorang ibu dalam membina semula kebahagiaa­n hidup bersama anak lelakinya meskipun terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi. ‘Pengidup Aku’ telah dicipta oleh adik Melissa, penulis lagu Hairee Francis, yang menulis lagu tersebut berdasarka­n kehidupan peribadi Melissa. Video muzik yang berdurasi 6 minit itu diterbitka­n oleh SukaSuka di platform YouTube dan Facebook mereka pada 18 September dan telah ditontoni lebih 100,000 kali di YouTube dalam tempoh empat hari video itu keluar. Sari kata bahasa Melayu juga disediakan pada ruangan kapsyen video untuk kemudahan penonton yang tidak menutur bahasa Iban. Video muzik tersebut dibintangi oleh Melissa Francis sebagai watak utama, Ezra Wan Emang sebagai anak Melissa, Jerry Jamal Kennedy sebagai suaminya, Marzella Sigai sebagai teman wanita suaminya, Allan Chua sebagai rakan Melissa dan Orden Syam sebagai jurusolek. Mengenai sambutan video muzik tersebut, Melissa berkata beliau berasa tersentuh dengan komen positif daripada peminat-peminatnya. “Semua orang kata mereka menonton sampai berulang kali. Beberapa kali juga mereka nangis. Video muzik ini terlalu banyak komen positif sampai saya rasa sedih. Mereka kata saya kuat, mereka mahu jadi macam saya,” kata Melissa. Melissa berkata walaupun lagunya dalam bahasa Iban, namun peminat dari serata Malaysia menerima muziknya. “Saya gembira lagu Iban dapat diterima oleh semua orang di Malaysia,” katanya. Melissa berkata beliau bersyukur kepada SukaSuka, sebuah platform media yang bertapak di Kuching, kerana telah menaja sepenuhnya video muziknya. “Sangat bersyukur kerana bekerjasam­a dengan mereka yang sangat profesiona­l dan sangat mengambil berat tentang artis dan pelakon,” katanya. Melissa berharap peminatnya suka dengan video muzik terbarunya kerana ia adalah hadiah dari hatinya. “Semoga video muzik ‘Pengidup Aku‘ dapat diterima dengan baik oleh semua peminat Melissa Francis. Inilah hadiah dari hati kepada semua. Jangan pernah kenal erti putus asa, gagal, kemurungan dan hina. Setiap masalah ada penyelesai­annya. Sentiasa positif dan ingatlah semua yang terjadi ada hikmahnya,” katanya. Video muzik tersebut dirakam dalam masa empat hari di lokasi-lokasi sekitar Kuching dan boleh ditonton di saluran YouTube SukaSuka di http://bit.ly/pengidupak­u dan Facebook SukaSuka di http://bit. ly/pengidupak­uFB . Versi karaoke bagi ‘Pengidup Aku’ juga telah keluar di saluran YouTube SukaSuka di http://bit. ly/pengidupak­ukaraoke.

 ??  ??
 ??  ?? JADI PENANDA ARAS: Melissa dalam video muzik terbarunya ‘Pengidup Aku’.
JADI PENANDA ARAS: Melissa dalam video muzik terbarunya ‘Pengidup Aku’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia