Utusan Borneo (Sabah)

Anggota RELA dipenjara lapan bulan, cederakan kakak kandung

-

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mencederak­an kakak kandungnya, Julai lepas.

Majistret Noorasyiki­n Sahat menjatuhka­n hukuman itu ke atas Mohd Haffiez Mohd Yusof, 26, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapny­a.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapnya pada 12 Julai lepas.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan ke atas suri rumah, Salmiah Mohd Yusof, 36, di sebuah pangsapuri di Jalan Kenanga di sini pada jam 7.30 petang, 11 Julai lepas, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rajdeep Singh memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara yang tinggi sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia