Utusan Borneo (Sabah)

Ketua pengajar madrasah direman kes amang seksual terhadap pelajar

-

JASIN: Seorang ketua pengajar di sebuah madrasah di Bemban, di sini, direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz berusia 14 tahun sejak setahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata suspek berumur 28 tahun ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membolehka­n siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap KanakKanak 2017.

Seksyen itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Mohd Nor Yhazid berkata selain mangsa, suspek dipercayai turut melakukan perbuatan sama terhadap pelajar tahfiz lain di madrasah berkenaan.

“Suspek bertugas secara bergilir-gilir dengan guru lain untuk menjaga asrama penginapan pelajar lelaki sebanyak dua kali seminggu dan berdasarka­n siasatan awal, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu dengan meminta mangsa mengurutny­a sebelum suspek bertindak mengurut mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut beliau, madrasah itu merupakan bangunan setingkat yang dijadikan sebagai tempat pembelajar­an, solat serta penginapan asrama yang menempatka­n kira-kira 31 pelajar tahfiz lelaki berusia antara tujuh dan 17 tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia