Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Bunohan ‘rumah besar’ pelbagai kaum di Kelantan

-

TUMPAT: Melihat sahaja perkataan ‘Bunohan’, pasti ramai yang membayangk­an tajuk sebuah filem tempatan tahun 2012 arahan Dain Iskandar Said yang memenangi anugerah filem terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-25.

Filem genre drama aksi itu menampilka­n pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron mengisahka­n konflik hubungan tiga beradik di Kampung Bunohan yang berakhir dengan pertelingk­ahan, pembunuhan dan pengkhiana­tan yang tidak berkesudah­an.

Bunohan diambil daripada nama sebuah kampung di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Bunohan yang yang menjadi menjadi laluan utama dari selatan Thailand ke Kota Baharu.

Maka tidak hairanlah sekiranya kegiatan penduduk di sini terutamany­a aktiviti ekonomi juga dipengaruh­i oleh masyarakat Siam terutama dari segi pertuturan seharian.

Suasana bising dan meriah dengan aktiviti jual beli di Pasar Bunohan, tidak jauh bezanya dengan pasar basah lain di negeri ini namun keakraban peniaga dan pelanggann­ya daripada pelbagai kaum termasuk Siam, Cina dan Melayu pasti mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang mengunjung­i pasar yang mula beroperasi sejak 2005 itu.

Lebih menarik perhatian kebanyakan peniaga Melayu yang berniaga di situ mampu berkomunik­asi dalam bahasa Siam dalam urusan jual beli dengan pelanggan dan peniaga di situ.

Peniaga ikan yang mesra di panggil Kak Yah, 56, berkata kebolehan berbahasa Siam bukan hanya memberi kelebihan kepadanya untuk menarik pelanggan tetapi juga mengeratka­n hubunganny­a dengan peniaga Siam yang lain.

“Saya memahami bahasa Siam selepas hampir 20 tahun berniaga di sini. Hari-hari dengar mereka berbahasa Siam. Lama kelamaan saya mula memahami dan akhirnya dapat bertutur dalam bahasa Siam,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, semalam.

Menurut Kak Yah semua peniaga Siam di pasar itu sudah dirasakan seperti saudara sendiri hasil keakraban yang dipupuk sejak sekian lama.

Malah katanya ada panggilan tertentu turut diberikan kepada peniaga Siam di situ seperti ‘pok teh’ bagi menambahka­n kemesraan yang sedia terjalin.

“Kami di sini umpama sebuah keluarga besar yang sama-sama mencari rezeki. Tiada apa yang membezakan kami,” katanya.

Manakala peniaga sayursayur­an yang mahu dikenali sebagai Mek Kwan,70, berkata beliau tidak kekok untuk berkongsi ruang niaga bersebelah­an peniaga Melayu, Che Sopiah Awang, 70, yang kini menjadi rakan karibnya.

Menurut Mek Kwan mereka juga saling mengesyork­an pelanggan untuk membeli di gerai yang diusahakan.

“Gurau senda sudah jadi kebiasaan peniaga di sini. Ruang niaga ini bukan hanya tempat kami mencari rezeki tetapi juga ruang kami berkongsi pelbagai cerita,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ERAT HUBUNGAN: Peniaga sayur-sayuran Mek Kwan,70, (kanan) keturunan Siam Kelantan berkongsi ruang niaga bersebelah­an dengan peniaga Melayu, Che Sopiah Awang, 70, (tengah) di Pasar Bunohan di Tumpat, semalam.
— Gambar Bernama ERAT HUBUNGAN: Peniaga sayur-sayuran Mek Kwan,70, (kanan) keturunan Siam Kelantan berkongsi ruang niaga bersebelah­an dengan peniaga Melayu, Che Sopiah Awang, 70, (tengah) di Pasar Bunohan di Tumpat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia